Monday, November 3, 2008

Kesian Budak-Budak Semantan Ulu

Hari ini Peperiksaan Akhir Tahun bermula. Pagi tadi kertas B.Melayu 1 & 2. Semua ok, tak ada masalah. Lepas tu Mathematics paper 2. Ini yang banyak masalah nya!

Sekejap-sekejap tanya, sekejap-sekejap tanya." Sir, question no.5 apa maknanya?"

"Ok, question no.5....everybody listen!...I will explain to you, after this don't ask me about this question again...Amirul saves RM 15 every month. How much does he save in 6 months?, maksudnya, Amirul simpan RM 15 sebulan, berapa banyak yang dia simpan dalam masa 6 bulan."

"Oooooo! kalau macam tu faham lah !, ok sir, ok , kami boleh buat."

Kesian mereka!

7 comments:

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Jangan sampai jadi macam Aji hari tu..Sampai terduduk dia jawab soalan budak-budak tu. hehe

KR 31 A.K.A Zabri said...

saya harap cikgu yang bertugas
tak mudah putus asa, itulah cabarannya mengajar di sekolah
luar bandar.
terima kasih kepada cikgu kerana
mengajar disekolah semantan ulu.
saya ada 3 orang anak sudara belajar disana... terima kasih seklai lagi buat semua guru guru SKSU.

manlaksam said...

catz,
Pak Man ok saja. Maklumlah orang lama.

manlaksam said...

Zabri,
Sama-sama. Sapa nama anak saudara you tu?. Boleh Pak Man tahu?

KR 31 A.K.A Zabri said...

Saya pun bekas pelajar SKSU, tapi dah lama dulu masa saya sekolah tu usahkan internet, eletrik pun belum ada kat sekolah tu.. heheheh
talipon pun pakai public phone. Sekalang ni alhamdulillah ari raya yamh lepas saya dtg menjengok sekolah tu dah maju.... untuk pengetahuan Cikgu anak saudara saya tu Nama nya Sahirah , Sazwani, Ika ngan Azri
kakak saya yang kerja Guard kat sekolah tu.

Anonymous said...

Betul lah cikgu Man.. kesian dorang.. patutnya ppd kena sediakan soalan dwi bahasa.. sebab murid2 tak faham maksud dalam english tu..padahalnya dorang boleh buat..

Anonymous said...

rugi satu generasi