Monday, November 17, 2008

Saya nak pinggan kamu pula

Tulisan ini Pak Man petik dari Sinar Harian, Ahad 16 November 2008. Dalam ruangan 'yang tersurat yang tersirat' oleh Muhamad Mat Yakim.

Saya sedang duduk makan nasi dengan pinggan yang penuh berisi lauk-pauk dan sayur. Segala isi pinggan itu tiada yang kurang, maka saya pun makan dengan cukup berselera. Saya yakin dan tidak bimbang apa-apa.
Tiba-tiba datang seorang kawan. Sebagai seorang yang biasa bersikap baik hati dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, saya mempelawa kawan itu makan tanpa sebarang rasa curiga.
Mula-mula kami berkongsi nasi. Dia ucap terima kasih. Lepas tu dia kata,"Hai, tak kan nasi saja , bagilah sayur sikit."

Saya bagi sayur. Saya tak kisah kerana masih ada lagi ayam goreng.Lepas tu dia kata lagi,"Minta ayam goreng sikit."
Saya dah mula rasa terganggu. Selera saya tiba-tiba sahaja terencat. Dia kata,"Sedikit saja..nak rasa je."
Lama-lama naluri baik hati saya akur dan saya berikan dia sedikit ayam goreng. Kawan tadi tambah berselera. Dalam keadaan sudah terlanjur memberi, saya rasa sudah tidak mampu lagi mempertahankan ayam goreng yang sememangnya menjadi pembuka selera saya.

Dalam keadaan saya menyuap nasi dengan selera yang tidak sepenuhnya, tiba-tiba kawan tadi bersuara lagi,"Nasi sudah dapat, sayur sudah dapat, ayam goreng pun sudah dapat, tapi saya tak puas hati lagi. Sekarang saya nak pinggan kamu pula." (Pak Man ringkaskan sedikit cerita itu)

Sekadar untuk renungan.

4 comments:

maklang said...

terimakaseh singgah blog maklang...

manlaksam said...

Maklang,
Sama-sama.Blog Maklang nampak ceria sangat.Patutlah ramai yang singgah.
Sekali-sekala jenguk-jenguklah lori Pak Man ni.

Zawi said...

Pak Man,
Ini adalah lawatan balas selepas melihat jejak tayar lori Pak Man di tempat saya. Terima kasih lah kerana datang mengunjung.
Cerita yang Pak Man petik tadi adalah dalam maknanya. Dalam hidup ini ada mereka-mereka yang tidak segan silu mengambil kesempatan keatas seorang yang baik hati.
Dalam satu kisah benar, seorang kawan yang menumpang dirumah kawannya berakhir mengawini isteri kawan dia yang memberi dia peluang menumpang. Rasa saya sama la keadaan seperti cerita Pak Man tu.

manlaksam said...

Zawi,
Terima kasih kerana sudi menjenguk lori Pak Man.Walaupun sibuk dengan pelawat yang tak putus-putus, Zawi masih ada masa nak komen.
Pak Man simpati dengan nasib kawan Zawi tu.
Ada masa kita cerita lagi.