Thursday, November 6, 2008

Gocoh Dahi Tanya Hati

Pak Man baru saja baca blog Abe Meli (Melipriapapa). Pak Man paling suka baca pepatah-pepatah dan istilah-istilah baru ciptaan beliau. Biasanya dalam bahasa Melayu campur loghat Kelantan. Setiap tulisan beliau mesti ada diselitkan satu dua pepatah seperti tajuk diatas.

Abe Meli tulis mengenai nasib Bahasa Melayu. Kalau orang bandar asyik bercakap dalam bahasa Inggeris saja, bila bahasa kita nak berkembang. Bangga sebagai orang bandar , mesti cakap bahasa campur-campur, Melayu + Inggeris. Kalau ada bunyi Inggeris dua tiga patah tu kira ada kelas lah tu. Kalau lagi tinggi kedudukannya lagilah banyak perkataan Inggeris dia guna, sampaikan berak-kencing pun dalam Bahasa Inggeris. Termasuklah juga batuk-bersin nya.

Abe Meli bagi contoh Negara Thai, kalau tengok TV Siam, Shah Rukh Khan pun cakap Siam. Mc Gyver, President Amerika, David Beckham, pendek kata semua orang yang keluar Tv siam cakap siam. Mereka tak pernah agung-agungkan Bahasa Inggeris. Bahasa Siam tu lah yang mereka guna. Tak kira Cina, Melayu dan apa keturunan pun. Kalau nak duduk di Thailand mesti kuasai bahasa siam.

Adakah kerana mereka tak agungkan bahasa Inggeris, maka mereka menjadi lebih mundur?....tenguklah dalam bidang pertanian, siapa lebih maju? Mereka ataupun kita? dari mana mereka dapat ilmu? buku bahasa Inggeris mereka(petani) tak tahu baca.....yang pastinya buku pertanian ditulis dalam bahasa mereka sendiri. Terjemah saja lah dari buku-buku bahasa Inggeris atau buku dari Taiwan ataupun Jepun. Kan senang, kalau ilmu itu diajar dalam bahasa sendiri.

Mereka popularkan 'tomyam' mereka ke seluruh dunia. Bukan macam kita, baru pandai cakap Inggeris sikit dah tak nak makan makanan Melayu. Hagah!

Jadi kata Abe Meli, ' Tepuk dada tanya selera, gocoh dahi tanya hati '

Pak Man pernah hantar komen kepada satu laman blog yang ditulis oleh orang Melayu,(blognya ditulis dalam Bahasa Inggeris), Pak Man komen dalam Bahasa Melayu. Komen Pak Man tak tersiar, itu tak apalah....dia punya sukalah...tapi selepas tu Pak Man terima mesej" You are not invited to read this blog"....tak apalah...Pak Man faham, orang tu tak nak blog dia tercemar dengan tulisan dalam Bahasa Melayu. Hagah!

Pak Man macam biasalah, senyum dan geleng-gelengkan kepala.

4 comments:

Spy Kebun said...

Tersentuh juga hati membaca nasib bahasa ini. Tapi kalau kita bandingkan MALAYA dgn SIAM, yg satu beratus-ratus tahun dijajah dan yg satu lagi mantap tak pernah dijajah! Yg satu kulit rakyatnya bagai rojak, yg satu lagi kulit rakyatnya hampir seiras. Yg satu punya raja yang ramai dan rakyat yg kurang taat, manakala yg satu lagi punya seorang raja dan rakyatnya yang begitu taat. Kegemilangan Langkasuka telah dibadai, Nusantara telah berkecai. Inilah jasa penjajah. Hasil kita mereka tuai, bangsa kita terkapai-kapai, BAHASA KITA .....

manlaksam said...

Spy kebun,
Masa SPM dulu, mesti dapat A1 dalam subjek Sejarah.

Spy Kebun said...

Pak Man, saya bukannya sekolah, kerja kebun, mana ada A1
Tapi kalo kecek pasa negagho ko, banso ko, tokleh kito.. megheme bulu tekog. Itu pasa saya kijo kuak. Pagi spy kebun, pah zoho spy sikik sikik, male male baco buk, baco blog, jaghe skali gi derag. Suko baco blog Pok Me pasa ghaso relax ado suasano kapung.

manlaksam said...

Spy kebun,
Nampak gaya kita ni ada sikit persamaan.
Teruskan menjenguk!