Saturday, November 22, 2008

Gear satu.

Petang tadi Pak Man ke kedai motor. Hajat di hati nak belikan motor untuk anak Pak Man yang sedang ambil SPM sekarang ni. Tapi nak tenguk-tenguk lah dulu. Baru boleh pilih. Jenisnya, harganya, warna nya, dan sebagainya.

Kawan Pak Man, Shahrum pernah menasihatkan Pak Man, dia kata anak lelaki ni kita mesti bagi dia pandai bawa motor, bawa kereta, biar dia jadi berani sikit. Jangan terlalu manjakan sangat nanti dia tak pandai nak berdikari. Pak Man terima nasihat dia, jadi mula-mula Pak Man nak beli motor, lepas tu nak hantar dia belajar memandu dan ambil lesen.

Shahrum kata lagi,"Jangan jadi macam satu kisah Tok Batin di Satak (kg.orang asli di Raub), baru beli motor, tak ada sapa yang ajar dia, naik dari Satak ke Raub, 40 km. Sampai di Raub, enjinnya berasap-asap macam nak meletup. Motor jalan terhangguk-hangguk."

"Kenapa jadi macam tu?"

"Ni nak cerita lah ni........dia bawa ke pomen cina, pomen tu tanya, tok naik gear berapa tadi?"

Dia jawab,"gear satu saje!"

"Dari Satak ke Raub tok bawa motor ni, dengan gear satu?.....40 km tuuuuu, jauhnya! kenapa tak masuk gear 2, 3 dan 4?"

"Saya ni orang miskin.....jimat-jimatlah sikit......kalau guna gear satu saje...bila dah rosak , boleh guna gear 2 pulak, bila gear 2 dah rosak, boleh guna gear 3 pulak , akhir sekali kalau 1,2,3 telah rosak, masih ada lagi gear 4. Kalau macam orang bandar, guna gear 1,2,3,dan 4 sekaligus, kalau rosak habislah tak boleh jalan lagi."

Pak Man ketawa, Shahrum lagilah kuat ketawanya. Mungkin dia rasa dia dah berjaya dalam penceritaannya itu. "Dari mana mu dapat cerita nih?" Pak Man tanya, dia jawab,"Tokey cina pomen tu lah yang cerita ....kalau dia tipu....aku tak tahu lah."

Tapi tak apalah, pengajaran nya ialah 'berjimat biar bertempat'.

17 comments:

Pp said...

hahahaha...kelakar la pakman!!!

nanti dah beli motor tu, letakkan gambar dlm blog nih.

manlaksam said...

Insya Allah Pp, ten kiu bery mush.

Neeza Shahril said...

kahkahkah!!! cam tu pulak ke? haah la.. neeza pun nak jimat la.. nak guna gear 2 aje.. hehee..

Teachersally said...

huahuahua..best lah ari ni..memulakan hari dgn ketawa besar bc n3 Pak Man nih..segar rasanye..walau kat luar tu muraaaaaammm je cuaca..

Pak Man..betul la elok belikan motor tu..dlm masa yg sama kena pantau tu..sy ngajar skolah lelaki ni..tau sgt budak2 ni..kalau da ada motor..pnjg pulak langkahnye..sekadar kongsi pndapat..Pak Man jgn marah eh..

en_me said...

teringat me dulu masa mula mula bawak motor cabuk ayahnda me.. macam gittewwlarrr.. tapi taklarr sampai empat poh km .. kelakar kannns..

manlaksam said...

Neeza,
Ekonomi meleset sekarang ni, sebab tu lah tok batin tu berjimat.

Teacher,
Insya Allah Pak Man akan pantau.

Me,
Tu tok batin, kalau anak buah nya pulak tak tahu macam mana lah. Fening! Fening!

maklang said...

he..he..he...

kesian Tok Batin tu...

Ialah...kena belajar baru lah tau kan..

silversarina said...

Tak habis ketawa ni .... memang 'jimat' betul ...hahahah.

manlaksam said...

Maklang,
Di Raub ni ada ramai OA, pasukan bola sepak mereka digeruni di sini. Mereka main macam pasukan Cameroon.

Sarina,
Mereka ni kalau keluar ke bandar mesti bibir merahhhhh, yang lelaki pula sekarang ni rambut blonde.Nama mereka pun dah ada yang nama Isabela, Monalisa,Ronaldo dan Rosyamnor.

sungai dong said...

hehehehe.. pak man pernah dengar cerita org raub masuk night club tak?... cita tu pun kisah benar org raub.
salam dari saya

Pp said...

SORRY MAN....MY URL CHANGED AGAIN.

HEHEHE

maaf ye!

manlaksam said...

Sungaidong,
Menarik tu...cerita lah.

manlaksam said...

Yang saya hormati Tuan Ariffin,
Saya faham maksud tuan, enggang sama enggang...pipit sama pipit.
Maafkan saya kalau saya mengganggu tuan selama ini.
Assalamualaikumwarahmatullah hiwabarakaatuh.

lupakanje said...

salam Pak Man,
kelaka citer tuh...blh kot buat centu..blh jimat nnt...hahaha

anak acik pun nk abih SPM dh ni..lusa pi amek dia...nnt nk suh dia pi bajar mandu amek lesen sesiap. Bukan aper...makin lama, makin susah nk dpt lesen ni nnt. Baik cecepat..tk kira la ada kenderaan nk bawak ke tk ada ke...hehe

manlaksam said...

Acik,
Terima kasih, Pak Man pun lusa nak pergi ambik anak di MRSM Muadzam Shah.

IBU said...

Pak Man,

nak bagi motor tu sekarang ke, i.e sebelum exam results keluar? Tak nak tunggu results? Dan beri sebagai hadiah (kalau results bagus).

p/s Ibu baru pos borang mohon masuk ke MRSM untuk Abg Idin (form 1 tahun depan). Mudah2an dapat la kan?

manlaksam said...

Ibu,
Sebenarnya ini sebagai persediaan sebelum masuk kolej atau mana-mana IPT, takut nanti kalau dah di sana baru nak belajar bawak motor nanti malu.
Anak Pak Man ni pemalu sikit.