Thursday, November 6, 2008

Penat Sikit

Hari ni Pak Man penat sikit. Balik dari sekolah, tengok-tengok TNB dah pindahkan wayar pada tiang yang melekat pada pokok ara. Di alihkan ketepi sebelah kanan. Tambah 2 tiang baru. Tiang yang lama dibiarkan di situ. Apakah mereka pun takut nak usik tiang yang melekat pada pokok ara itu?....yang dah senget 60 darjah.

Banyaklah dahan-dahan yang berserakan. Kena bersihkan lah.....sebab itu sajalah jalan masuk Pak Man ke rumah ini. Mungkin esok atau lusa Pak Man akan jumpa Jamin (penebang pokok profesional.....pengelaman 15 tahun kerja dengan tokey balak). Kalau setakat pokok yang macam ni...semesek! (kata orang Kelantan, makna nya 'kacang' saja.)

Sepatutnya orang TNB tu tebanglah sekali pokok tu.......mereka ada semua kemudahan, tentu lagi lah semesek!

Petangnya, Pak Man ke bandar, beli barang-barang keperluan perkhemahan Syafiqa. Macam-macamlah cikgu dia suruh beli. Baju hujan, lampu picit, baldi kecil, macam-macam lagi.........

Kalau sekolah Semantan Ulu, tak payah beli apa-apa, bawak je apa yang ada kat rumah!

Lain padang lain belalang!!!!!

2 comments:

Spy Kebun said...

Baguslah Pak Man, sekurang kurangnya PakMan dah terselamat dari bahaya kejutan letrik, atau ketiadaan letrik yang mengejutkan. pasal TNB itu, baso dio doh, nok buak guano.Cumo... hok 'megho' atah pohon agho tu nok gi mano pulok pah ni????

manlaksam said...

Spy kebun,
Pak Man rasa demo ni pernah mari rumah Pak Man.Sapa demo nih?....
Ko demo nih duduk atas pokok ara tu.