Monday, November 3, 2008

Halaalan Toyyiba

Selesai sudah projek membaiki pagar. Kini tiada lagi ancaman babi hutan. Pak Man rasa tak sabar hendak mulakan projek ubi kayu dan pisang. Dalam kepala ada satu lagi projek, Pak Man nak tanam nanas. Harga nanas dan pisang mahal betul sekarang. Hari minggu yang lalu, Pak man beli pisang kebatu RM2.50 sesikat, mahal tu!....nanas RM5.00 sebiji, woi! Cekik darah betul.
Lepas sembahyang asar, Pak Man dan Mak Jah mula berkebun. Pak Man mencangkul dan Mak jah tolong tanam benih ubi kayu. Senang saja, Cuma selama ni…tertangguh kerana pagar belum siap dibaiki. Benih Pak Man ambil dari kebun Pak Man juga (selepas isinya diambil untuk rebus dan buat kuih, batangnya boleh dibuat benih). Potong , kumpul dan tanam.

Selepas setengah jam, hoi…berpeluh. Siaplah 3 batas. Kalau hidup semuanya tu, tak habis makan dah tu. Pucuk nya nanti boleh dibuat sayur. Kalau ada lebih boleh lah bersedekah kepada kawan-kawan di sekolah. Semoga pokok ubi kayu Pak Man hidup subur di bumi Allah ini. AAMIN.
Pukul 8 malam, Pak Man tenguk berita di TV3, ada di tunjukkan pekebun betik di Kedah guna najis babi sebagai baja. UWEK!...nak muntah Pak Man. Pak Man tak akan beli lagi betik di pasar minggu. Kalau dari kebun orang kampung sendiri, boleh lah. Pak Man rasa nak tanam betik jugalah dua tiga pokok. Bertambah lagi satu projek.

Sepatutnya di negara Islam seperti Malaysia ini, tidak susah bagi kita nak cari makanan yang betul-betul terjamin kehalalan nya. Boleh dimakan tanpa was-was.

1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya masa tunjuk itu di TV3, saya sekeluarga pun sedang makan. Sampai hati TV3 tunjuk waktu itu, lebih sampai hati mereka yang menggunakan benda itu untuk hasiltani nya. Beruntung Pak Man ada tanah untuk berkebun sambil memastikan apa yang kita makan sekeluarga adalah Halalan Toyyiba.