Friday, November 14, 2008

Pagi yang ceria

Pagi ini Pak Man rasa begitu senang hati. Dalam perjalanan ke sekolah, bila masuk saja ke simpang kg.Semantan, orang kampung yang ada di tepi-tepi jalan semua nya mengangkat tangan, ada yang mengangguk-angguk kepala, ada yang menunjukkan isyarat'bagus'.
Wah ...begitu sekali kesan nya. Mungkin berita 2 orang pelajar mendapat 5A telah tersebar ke seluruh kampung.
Ada yang sedang minum di kedai kopi, melambai sambil menunjukkan isyarat 'ajak minum'. Yang naik motorsikal membunyikan hon. Ohhh..terharunya.
Ini makin menaikkan lagi semangat Pak Man. Perjuangan untuk mendidik anak bangsa di pedalaman ini akan Pak Man teruskan selagi terdaya.
Semoga Allah kurniakan kami semua dengan kesihatan yang baik.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah tanda tanda awal keberkatan seseorang guru itu. Tahniah Pak Man dan Cikgu cikgu lain SK Semantan. Kami org org kebun begitu berbangga sekali.

Tepi Sungai Batu said...

Spy,
Kerja apa sekalipun kalau dilakukan dengan ikhlas dan niat kerana Allah , akan ada keberkatannya.