Sunday, November 16, 2008

Pak Cik klik next,next,next.....

Dari pagi tadi lagi Pak Man tak boleh nak sambung internet. Alat broadband tu ada masalah agaknya. Pak Man agak-agak aje lah. Sebab yang sebenarnya, tak tahu.

Malam baru dapat sambungan. Nampak gaya nya nak kena pergi tanya dengan budak yang kerja di kedai Celcom tu. Dulu dia kata kalau ada masalah pak cik datang tanya saya.

Pak Man teringat masa nak beli benda tu dulu,"Adik, pakcik nak tanya sikit".

"Apa dia pak cik?"

"Pak cik nak beli benda yang boleh sambung internet tu, ada ke jual?"

"Oooo, benda tu, namanya broadband, pak cik sendiri ke nak guna?"

"Ya, pak cik sendiri lah.....apa nama nya tadi broad van?"(Pak Man buat-buat tak tahu)

"Bukan van...band...broadband. Pak cik tahu ke guna nih?"(berkerut dahi).Lepas tu dia pun cakap dengan kawan dia,"Engkau teranglah kepada pak cik ni, aku nak ke tandas jap."

Agaknya budak tu ingat Pak Man main-main, maklumlah orang tua pakai baju Pagoda. Mana tahu guna internet. Ada 3 orang pelanggan dalam kedai tu, semua memandang Pak Man sambil tersenyum. Pak Man buat selamba...lakonan makin real. Budak tu keluarkan alat tersebut dan tunjuk kan kepada Pak Man.

"Pak cik kena cucuk benda ni kat belakang komputer, pada tempat dia...jangan tempat lain."

"USB port ke?"

"A-ah USB port...ooooi pak cik tahu rupanya!"

"Agak-agak je!...tadi adik kata cucuk kat belakang, tapi komputer pak cik tak ada tempat cucuk tu kat belakang, macam mana?"

"Ehhhh....mesti ada!...cuba pak cik tenguk ni." dia tunjukkan komputer pada Pak Man.

"Komputer pak cik macam ni kan?"

"Tak..bukan macam ni...pakcik punya boleh lipat-lipat."

"Ooooo..cakap lah Lap top....yang itu namanya lap top." sambil tunjuk ke arah lap top.

"Pak Cik punya ke anak pak cik yang punya?" dia tak percaya.

"Pak Cik punya......mak cik pun ada juga satu!" Sekali lagi pelanggan yang tiga orang tadi menoleh ke arah Pak Man. Agaknya mereka kata dalam hati...tak betul agaknya orang tua ni.

"Macam ni lah kita ringkaskan cerita, berapa harganya?.....kalau lagi banyak tanya ,lagi pelik orang dengar."

"RM 499.00......bulan-bulan pak cik kena bayar RM 68.00..macam mana boleh?" sekali lagi yang 3 orang tu menoleh dengan penuh saspen.

"Boleh...." Pak Man keluarkan duit dan bayar."Nanti dulu Pak Cik, biar saya tulis resit dulu."

Lepas bayar, budak tadi ada sedikit pesanan lagi,"Sebelum guna pak cik kena install dulu."

"Apa tu?"

"Senang saja..pak cik klik next,next, next..saja."

"Kalau next,next, next, bila nak habis?...tak ada ke... finish?"

"Oh ya...akhir sekali pak cik klik finish.....pak cik ni macam dah tahuuuu je.."

"Pak cik agak-agak je.."

Tapi bila nak isi borang barulah dia tahu kerja Pak Man. "Patutlah lah pak cik tahu semuaaaaa...pakcik mainkan saya ya?"

Bila Pak Man toleh ke belakang, eh! orang yang 3 orang tadi dah tak ada. Ajaib!

9 comments:

amirah said...

What a funny story pak man! Moral of the story : don't look down to other's. My suggestion is that Pak man go to that shop again and give your blog's address. Then, they will know who you are! Or else, they will forward you to kedai spare parts lorry to buy engine block. He he he

manlaksam said...

Amirah,
Sebenarnya yang 3 orang tu pun tanya pasal broadband juga. Tapi bial dia dengar harganya RM 499.00, perlahan-lahan mereka beredar. Pakaian bukan main bergaya, tapi....

ayieDklau said...

wokey la tu hang dok pekena kan dia orang... lain kali baru dia orang ingat...pakai aje mengalahkan bos tapi poket kosong beb... hahaha... steady man....

manlaksam said...

Ayiedklau,
Terima kasih kerana jenguk lori Pak Man.
Kalau jumpa di Raub tu tegurlah...
Pak Man ni kadang-kadang tak perasan, maklumlah dah tua.

teachersally said...

Assalamualaikum,
Pak Man, i am new to your blog, found it interesting. Suka sangat dgn insiden ni..tu laaaa..never judge a book with its cover..

manlaksam said...

Teacher Sally,
Terima kasih kerana sudi baca. Sambil bercerita ada sedikit pengajaran, ada sedikit lawak,mudah-mudahan dapat menyedarkan orang lain.
Lain kali jenguk lah lagi.

Fid said...

pak man
kelakarlah!

ohh pak man guna celcom BB juga ya...

celcom memang malam2 dia OK siang dia 'tidur' sikit....macam ikut mood dia plak.

manlaksam said...

Fid,
Terima kasihlah.....
Jenguk-jenguklah selalu.

cikgu panji said...

kalau gini gaya, boleh terima award pelakon terbaik.