Saturday, November 22, 2008

Kulat/Cendawan/Mushroom

Kulat yang baru keluar, jangan ambik lagi, esok baru boleh, dalam tanah tu ada banyak lagi yang akan keluar. Esok biar dia kembang dulu baru ambik. Itu pesan Opahnya.


Petang semalam Pak Man ronda-ronda tepi pagar sekeliling rumah, periksa kalau-kalau ada lubang baru yang di tebuk oleh 'Ba Alif Ba Ya'. Tak ada nampak nya, tapi rezeki pula yang dapat. Pak Man jumpa kulat baru keluar. Bertahu Opahnya, dia kata jangan ambik lagi , tunggu esok. Esok dia akan keluar 3 kali ganda banyaknya. Pak Man kira ada dalam 10 pokok.(ada orang sebut kuntum). Maknanya pagi esok akan ada 30 pokok. Waaa..banyak tu.

Patut la malam tadi selepas hujan renyai-renyai berhenti, ada kalkatu masuk ke rumah. Itu tandanya esok akan ada kulat yang akan keluar. Teori ini terbukti benar. Opahnya dah hidup 70 tahun lebih dah, dia kata ,tak pernah tak betul petua tu. Mesti ada kulat, pagi esok pergi lah cari.

Orang kampung sini panggil kulat tu ,'Kulat Tahun'....mungkin sebab musimnya setahun sekali. Pak Man agak-agak saja. Mungkin tempat lain, lain pula nama nya.

14 comments:

HABIHA69 said...

ye betul tu pak man..dulu nenek saya pun bilang macam ittew..satu lagi bila kilat sabung menyabung nenek saya kata haaa...ni cendawan nak tumbuh nih..pastu cendawan nih ada keluarkan aromanya yang tertentu...pesan nenek lagi jangan cungkil dengan pisau nanti dia merajuk taknak tumbuh lagiks lepas nih..wah pak man..dah siap masak nanti jemputs lah kita mai istana pak man...Allahumma barik lana fima rozaktana waqina Azabannaar...hik;;hik doa dah baca nih....

manlaksam said...

Ustaz,
Pengalaman orang tua-tua tu patut kita perturunkan kepada anak cucu kita.
Alamak! doa dah baca, masaknya belum lagi. Sabar ya..sabar..

cikgu panji said...

Pertama sekali, terimakasih singgah blog saya. Sedap kulat tu.....

manlaksam said...

Cikgu,
Sama-sama. Kalau nak gi KL tu....sampai Raub bolehlah singgah rumah Pak Man.

PINATBATE said...

Sedapnya...!
masa kecil-kecil dulu jarang dapat makan ayam..mak goreng kulat ni dengan garam kunyit..rasanya betul-betul macam ayam goreng..

Sekarang bila dah jemu makan ayam ternak, teringin nak makan kulat ni..tak jumpa pulak..

manlaksam said...

Pinatbate,
Balik kampung tanya Mak....mesti ada.

pB said...

sedap masak gapo tu ??

manlaksam said...

pB,
Mak Jah masak sayur air jah.....tapi sedap, make denge nasik panah, ikan goreng dan sambal.

Teachersally said...

Kulat2 ni kalu masak lemak cili api dengan udang segar..hmmm..sedap!!

manlaksam said...

Teacher,
Pak Man tak pernah makan lagi tu, nampak nya nak kena cuba lah tu.
Biasanya masak sayur air saja.

Neeza Shahril said...

teringat masa duduk di Jengka dulu.. ada semak cam tu la.. lepas hujan je, banyak cendawan naik.. seronok sangat. neeza suka kulat/cendawan tu... :)

Teachersally said...

betul Pak Man..sedappp..kuah tu buat pekat2..mak mertua lalu kat belakang..sah tak nampak..hehe

manlaksam said...

Teacher,
Nanti Pak Man cuba.

Fid said...

pak man
'kulat tahun' nama sejagat kot..orang kampung saya pun panggil nama yang sama..