Friday, November 21, 2008

Hitam Putih

Rumah kami di Sempam , dalam hutan, tak ada jiran, tempat tinggi, aman-damai..... tapi sekali sekala ada monyet datang mengganggu.


Pagi tadi Pak Man pergi melihat-lihat rumah kami yang di Sempam tu, macam biasalah, kami kena cuci benda hitam putih yang banyak bergolek sana-sini dalam rumah. Bendanya sebesar butir beras sahaja tapi begitu menyusahkan dan menjijikkan, najis!

Tiga tahun dulu, masa kami tinggal di sini, tiap-tiap malam Pak Man lastik cicak. Tak sempatlah mereka nak melepas. Tapi sekarang ni bebaslah mereka buat macam rumah sendiri. Sana-sini mereka buang....selamba jer.

Bil letriknya tak sampai RM 20, tak payah bayar. Ada tertulis 'dibayar oleh kerajaan'. Best juga macam ni. Hidup Pak Lah.
Pernah sekali terjadi peristiwa , pukul 2:00 am ada pencuri cuba nak pecah masuk rumah Pak Man ni, Mak Jah terjaga. Dia kejutkan Pak Man, "ada bunyi macam orang cungkil pintu dapur".

Pak Man bagi Mak Jah sebotol Ridsect,"pegang ni, kalau dia masuk, sembur betul-betul pada muka. Pak Man akan nyalakan api lighter, jangan terkejut, apinya besar nanti. Biar tebakar rambut dan segala bulu". Lepas tu dalam dia dok kelam kabut tu Pak Man akan ketuk kepala dia dengan parang. Itu perancangan Pak Man. Mak Jah setuju.

Kami ke pintu dapur, memang ada bunyi pintu sedang diumpil. Tiba-tiba pintu terbuka......belum sempat nampak muka pencuri tu, Mak Jah dah bertempik, Pak Man terkejut dan terus menjerit sama. Rupa-rupanya pencuri tu pun terkejut. Dia pun menjerit sama dan terus lari.

Pak Man buka lampu pagar, terus ke depan. Tak ada......mana dia pergi?. Buka semua lampu, tak nampak batang hidung pun. Selepas satu jam menunggu, kami pun tidur.

Bangun pagi esok, periksa seluruh kawasan rumah, rupa-rupanya pagar di belakang kena potong. Luas lubangnya, patutlah senang dia lari keluar. Ada kesan tapak kaki, besar juga. Saiz 8.

Report polis, polis kata ini orang baru belajar. Dengar orang bertempik dah lari. (Pak Man beritahu polis Mak Jah bertempik....Pak Man tidak!)

15 comments:

pB said...

HA HA HA

mulo mulo punya rancangae , gah bagai nak rak ..

he he

tapi sgo'tie lar
bilo dok panik , macae macae hok kito rancae tok jadi ...

HABIHA69 said...

salam jumaat pak man...izinkan saya singgah sini...wah pak man nih kira beranilah menjerkah pencuri...kat manalah Istana pak man tu yerr..saye pantang nengok kamving...teringat kecik-kecik dulu selalu lastik kamving...bila cuti skolah..kamving-kamving tue tak mahu duduk umah semua lari menyorok...sbb. ada saye

manlaksam said...

pB,
Lepas tu, dua kali lagi rumah kami kena masuk pencuri. Tapi dua-dua kali tu waktu kami tak ada kat rumah.
Habih bare-bare kena angkut, komputer buruk, tong gas dan tabung duit syiling anak-anak Pak Man.
ganah....ganah sungguh.




HABIHA69,
Ha ha ha....kesian kambing-kambing bapa awak.
Terima kasih kerana singgah.

ZakiN said...

Come' banglo pakman, kalu kat PG ni, mau harga 2 atau 3 ratus ribu.Tapi saye tak ade ore duduk, kawe cadangkan bagi je sewa kat ore. Kalu tak dak ore nak sewa bagi je bagi sewa kat sedara2 jelita, sebab dia ore pun dah tak ada tempat tinggal, dapat dok banglo lagi tu.

manlaksam said...

Ki,
Kawe duduk juga petang-petang bila balik sekolah, singgah baring-baring, sembahyang, makan-makan.
Tapi bila malam kami tidur di kampung.Mak mertua kawe duduk sorang.Mana lebih penting, rumah ke atau Mak mertua?
Heeheehee...berteka-teki pula!

Teachersally said...

hehe..plan A bukan main baek punya!! sy dah siap imagine pencuri tu dah kena setidak2nya second degree burn atau dahsyat lg third degree burn..tetiba keluar plan B plaks..hehe..ape ape pun syukur tak de sape2 yg cedera..

kpd pencuri tersebut..jika anda terbaca blog ni..bertaubatlah..pintu taubat masih terbuka..betul tak Pak Man?

zuhairy hashim said...

Pencuri memang ramai sekarang. Budak-budak penagih dadah pun berpeleseran kat kawasan kampung.

Kampung dah tak macam dulu, dah tak selamat.

Kampung terancam dek pencuri. Polis? Tak dapat buat apa. Alih-alih orang yang kena tangkap kes dadah, orang yang sama kes mencuri. Masuk lokap 2 bulan. Keluar menagih dan mencuri lagi.

manlaksam said...

Teacher,
Bagus nasihat teacher tu.


Zuhairy,
Waaah...macam penganalisis jenayah lah...

silversarina said...

salam,

Pepagi Sabtu ni I dah tergelak depan PC ,sungguh kelakar walaupun sepatutnya kisah suspen .

Planning bagus, A+ dapat, perlaksanaan ... kena berlatih selalu, kena duduk rumah tu selalu .

manlaksam said...

Silversarina,
Macam tu lah kisahnya....
Geram ada....marah ada....dan akhir sekali lucu pun ada....
akan Pak Man perturunkan cerita ini kepada anak cucu Pak Man.

cikgu panji said...

Tersengih baca n3 ni.Kenapa bertempik? Kalau saya pun....sama jugak.hehehe

manlaksam said...

Cikgu,
Nasib baik tak jadi histeria.

Pp said...

hahahaha ..pakman......best cerita nih!!!

manlaksam said...

Pp, mula-mula tu Pak Man tak cerita pada orang lain. Malu....
tapi lama-lama tu, rasanya lucu pulak.

imazaki said...

Salam, Pak Man, saya ni masih merantau, tp hujung tahun ni nak balik dok kampung, rumah saya kat hujung hutan mcm rumah pak man ni, risau dalam hati takut kes macam rumah pak man ni! Macam2 bermain difikiran, takut kalau suami outstation mcm mana tinggal kat rumah dgn anak2 jer, rumah yg dekat kalau jerit keluar anak tekak dengarlah kot, belum try lagi. Jadi pak man memang tak tinggallah kat rumah cantik ni?