Sunday, January 4, 2009

Berkejar-kejaran dengan banjir

Pagi tadi Pak Man ke Kuantan menghantar anak Pak Man (Nurmunirah Azwa) balik ke asrama di MRSM Kuantan. Kuantan sedang dinaiki air. Beberapa buah kampung telah ditenggelami air. Pagi tadi panas terik, tapi bila lepas saja pukul 2 pm, hujan dah mulai turun.
Pak Man terpaksa berkejar balik ke Raub, takut nanti tersangkut kat mana-mana kawasan banjir, susah lah....tak sekolah lah esok.
Alhamdulillah, sampai juga di Raub walaupun terpaksa memandu dalam hujan selama 3 jam.

Dalam sehari dua lagi Pak Man dijangka akan menerima tetamu dari Dubai. Shiela (mother of two) dan suami nya Jebat berada di Raub kerana nenek Shiela sedang sakit. Hari ni Jebat balik Klate. Mungkin sehari dua lagi akan bersua muka lah kami. Ajaib.....sebelum ini bersembang di alam maya. Tak sangka akan bertemu di alam nyata. Harap ia nya akan menjadi kenyataan.

8 comments:

PINATBATE said...

salam PakMan..
Saya belum pernah berjumpa dengan rakan di alam maya..macamanalah agaknya..

Akmal said...

Uih, dah naik sampai atas tu ke air? 2,3 hari ni tak sempat nak masuk ke bandar, sibuk nak exam haha. Kadang-kadang dah tensyen sangat, saya dengan kawan-kawan lepak2 kat area tu la :)
Jumpa kawan alam maya ni seronok pakman. Alhamdulillah, setakat ni saya dah jumpa beberapa orang. Bukan terer berblog ajer diorang ni. Peramah, baik hati, semua diorang yang punya :D

Pp said...

pakman...both shiela dan jebat ...kedua2 memang best!!! cool!!! ceria!!! saing baik ambo tuh...

semoga pertemuan yang di berkatiNya!

silversarina said...

Kawasan kampung kat sini pun dah mula banjir , harap tak sampai kawasan kami.

Selamat bertemu rakan maya di alam realiti, memang best :)

manlaksam said...

Pinat,
Tu lah...Pak Man baru pertama kali ni....


Akmal,
Nak exam ya.....buat betul-betul!

manlaksam said...

Pp,
Ya ke?....suko sungguh ambo dapat saing macam tu...
Demo pun apa kurang nya.


Sarina,
Harap tak banjir lah rumah Sarina tu.

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Wah.. tak sangka plak Ana dapat jumpa dengan tetamu Cikgu Man tu hari ni. Tahniah Cikgu Man..hehe

manlaksam said...

Catz,
Tu laa sampai sekarang ni Pak Man masih lagi rasa gembira......