Thursday, January 1, 2009

Cokelat dan Kacang Hazel di malam Tahun Baru

Siti dan Johari baru bertunang. Mereka bercadang nak menyambut tahun baru pada kali ini di rumah nenek Siti. Sesampai di sana , nenek tengah sembahyang. Siti terus ke dapur, "abang duduk lah dulu ya, Siti nak buat air. Buat lah macam rumah sendiri."
'Okey!", kata Johari,
Atas meja ada semangkuk kacang hazel,"ini kegemaran aku ni", kata Johari. Dia pun makan kacang tersebut sambil membaca majalah. Tanpa disedari habis kacang itu dimakan nya.
Kemudian nenek Siti keluar. "Assalamualaikum ,nek!", Johari bersalam dengan penuh sopan santun.
"Maaf lah nek, saya makan kacang nenek habis semangkuk", kata Johari.
"Oh...tak apa, sebenarnya Siti tu yang selalu sangat bawakan cokelat yang ada kacang hazel di dalam nya untuk nenek".
"Nenek ni tak ada gigi, jadi nenek hisap saja cokelat nya dan kacang nya nenek keluarkan balik dan letak dalam mangkuk tu".
Johari terkejut,"APA?"...............(kwang...kwang.....kwang!)


Sealamat Tahun Baru 2009. (Dipetik dari Sinar Harian dan diubah suai oleh Pak Man)

13 comments:

lina said...

LOL, Pak Man buat lawak New Year.

silversarina said...

Hahahaha.... terimakasih kerana buat saya ketawa di pagi tahun baru :)

teachersally said...

Hik..Hik..Pak Man nih...buat lawak pulakkk..tp best je start thn baru dgn ketwa riang nih..

Psstt!!..esok kan Pak Man meeting?

Neeza Shahril said...

kahkahkahhh!!! sure termuntah si johari kat situ... :D

neeza suka gak kacang hazel.. kalau ada dalam choclate.. neeza tak akan hisap coklat dan tinggalkan hazelnut macam nenek tu.. :P

Akmal said...

LOL, tahun baru punya lawak nih :D
Salam Tahun Baru :)

~ ibu yang manja ~ said...

hehe mcm mcm cite

> salam tahun baru pak man :) <

cikMilah said...

hahaha.. lawak..lawak...

HABIHA69 said...

ha..ha..ha..hi..hi..Terima Kasih Pak Man menceriakan 2009 dengan "lawak" tu....moga tahun baru nih Pak Man juga akan makin bertambah Ceria...

manlaksam said...

Lina,
Sekali-sekali buat lawak boleh lah....exercise pipi.


Sarina,
Sama-sama, sekali-sekala ketawa ok lah tu.


Teacher Sally,
Mulakan hari mu dengan ceria!
Ya....a'ah ada meeting.Tq.


Neeza,
Sementara masih ada gigi nih makan lah semua benda yang terlintas nak makan. Kalau dah tak ada gigi nanti susah lah sikit kan.

manlaksam said...

Akmal,
Tq, Selamat Tahun Baru. Belajar rajin-rajin moga dapat jadi doktor.


Ibu yang manja,
Tq, Selamat Tahun Baru.


cikMilah,
Terima kasih....ketawa lah lagi.


Ustaz,
Tq, Semoga Ustaz pun akan bertambah ceria.

teachersally said...

Pak Man..dah banyak kali Sally cuba masuk blog Pp..tak bole pun..kena dapat kebenaran dr Pp la pulakk..ke Pp dah x nak kawan ngan kita ni eh?....

teachersally said...

Pak Man..Pp sengaja sekat blog dia kejap utk kerja2 "pembersihan"..hmmm..??

manlaksam said...

Sally,
Kalau dia tak bagi kita masuk ke blog dia tak apa lah....nok buat guano itu hok dio.....Pak Man baca lah apa yang boleh saja.