Friday, January 16, 2009

Berita gembira bagi kami

Semalam kami dimaklumkan oleh Tuan GB bahawa sekolah kami telah dicalonkan untuk merebut anugerah "Sekolah Cemerlang" bagi tahun 2009 peringkat kebangsaan (kategori Sekolah Rendah luar bandar).
Ini adalah satu cabaran bagi kami semua untuk berjuang melawan sekolah-sekolah luar bandar yang lain di seluruh Malaysia.
Kalau berjaya, Alhamdulillah........kalau tak berjaya pun kami berpuas hati. Tersenarai untuk dicalonkan, sudah merupakan satu penghormatan bagi kami.
Kami akan bersedia untuk dipantau oleh jemaah nazir sekolah, JPN,dan KPM. InsyaAllah, persediaan serapi mungkin akan kami buat.
Kejayaan kami mencipta peningkatan 10% setahun selama 3 tahun berturut-turut dalam UPSR telah membawa kami kepada pencalonan tersebut.
Doa kan kejayaan untuk kami di pedalaman ini.......

17 comments:

mother of two said...

alhamdullilah... semuanya berkat cikgu2 semua yg tak pernah putus asa mendidik anak2 kecil.saya cukup terharu,walau tak bersekolah di situ.... tapi itu tetap sebahagian kehidupan saya. semoga SKSU berjaya...chayuk!!!! chayuk!!!

PINATBATE said...

Tahniah PakMan!
Teruskan usaha..semuga berjaya

KR 31 A.K.A Zabri said...

semakin hebat sekarang SKSU...
taniah buat guru guru dan murid murid
semoga berjaya menjadi sekolah cemerlang...

kasih nash said...

Tahniah Pak Man & semua warga sekolah.. good luck!

tulipurple said...

tahniah tahniah tahniah dan selamat berjuang utk persiapan yg bakal dibuat.kenduri makan laksam ler kalu menang ek...huhu.

silversarina said...

Tahniah dan semoga berjaya , apa yang paling penting anak-anak pelajar dapat belajar dalam suasana lebih kondusif lagi InsyaAllah.

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Semoga sekolah kita berjaya dapat anugerah tu tahun ni. Amin..

kizek said...

Tahniah (5x) Pak Man, kawe pun mendoakan semoga sekolah Pak Man nanti berjayalah dapat Anugerah Sekolah Cemerlang tu.

......? said...

pakman :-)

saya tumpang gembira dengan berita itu!! selamat berjuang....

.....cemerlang itu tentunya dari result UPSR, tapi apa lagi ye ukuran kecemerlangan ?

Pp

teachersally said...

Pak Man..Sally ade 2 nak ucap..
1.tahniah atas pencalonan itu..
2.selamat berjuang dan bekerja keras kpd seluruh warga SKSU!!

manlaksam said...

Shiela,
Terima kasih banyak-banyak, tolong doakan.....

Pinatbate,
Terima kasih di atas sokongan anda.

Zabri,
Terima kasih, kalau balik kampung tu..jemput lah datang ke sekolah, jumpa Pak Man, boleh kita sembang-sembang.....

Kasih Nash,
Terima kasih banyak-banyak.

manlaksam said...

Tulipurple,
Terima kasih....yaaaa kenduri laksam!

Sarina,
Terima kasih....InsyaAllah.

Catz,
InsyaAllah....

Kizek,
Terima kasih(5x)

manlaksam said...

Pp,
Terima kasih, UPSR cemerlang....budi pekerti cemerlang....agama jangan diketepikan!....

Sally,
Terima kasih....sugho ada lagi ko?

teachersally said...

IsyaAllah esok baru masak..nanti Sally simpan utk Pak Man sekeluarga..Raya Cina balik Klate ko?

manlaksam said...

Tak tahu lagi lah Sally....terima kasih lah.

lina said...

Tahniah kepada semua warga guru di SKSU. Tak juga tahniah kepada pelajar-pelajar dan bekas pelajar SKSU kerana sama-sama berusaha ke arah mencapai kecermerlangan. :-)

ayieDklau said...

Tahniah... moga berjaya mengharumkan nama daerah Raub...