Thursday, January 22, 2009

Serban dan topi keledar

Dalam sehari dua ni ramai orang bercakap tentang isu serban dan topi keledar. Seorang pelajar sekolah pondok di Kelantan telah dihadapkan ke mahkamah kerana menunggang motosikal dengan memakai serban. Dia tidak mahu membayar denda, sebaliknya memilih untuk dipenjarakan. Ini Pak Man tak nak komen apa-apa........

Pak Man ada nostalgia yang tersendiri dalam kes naik motor pakai serban ni. Peristiwa ni berlaku kira-kira 19 tahun yang lalu.
Pak Man baru dapat kerja di KL, pergi KL tumpang van kawan yang buat bisnes jual pakaian dari Siam dan diedarkan kepada penjual pasar malam di sekitar KL.(jimat RM25).
Di KL tumpang(menyewa) rumah kawan yang kerja mahkamah jalan duta (Rosli). Oleh kerana rumah itu terletak di Selayang, maka ada masalah transport nak ke tempat kerja(bangunan Bank Rakyat HQ).

Rosli minta kawannya Hussin yang bekerja di mahkamah Jln.Raja tumpangkan Pak Man pergi dan balik kerja.
Maka masalah pun bermula..........topi keledar tak ada, duit tak berapa ada, kawan-kawan semua gaji kecil, maka Pak Man terfikir nak pakai serban naik motor pergi dan balik dari pejabat.

Hari pertama , Alhamdulillah, serban berjaya diikat dengan baik.......... sampai tepi Bank Negara Hussin turunkan Pak Man, jalan kaki(pakai serban).....masuk jalan bawah tanah......tanggal serban....naik semula sebelah sana terus ke Bank Rakyat, serban simpan dalam beg. Memang dah bawa beg untuk tujuan itu.

Lapor diri hari pertama.....kenal dengan semua rakan sepejabat. Semasa dalam tandas, Pak Man terdengar ada dua orang sedang bercakap, "Budak baru tu alim orangnya."
"Mana kau tahu?"
"Tadi aku nampak dalam beg plastiknya ada kain serban".
"Ya lah ....orang K******n tu....biasalah, pakai serban. Orang P** lah tu."

Bila balik kerja Pak Man akan lalu jalan bawah tanah tu sekali lagi.....semasa kat bawah tanah tu Pak Man pakai serban ......keluar sebelah sana(tepi Bank Negara) dah siap berserban.

Pak Man akan menunggu Hussin datang dengan keadaan berserban.
Kalaulah pada waktu itu Pak Man disaman kerana menunggang motosikal dengan memakai serban, mungkin Pak Man juga akan dipenjarakan kerana tak mampu nak bayar denda.

16 comments:

vimmiyasmin said...

pak man
saya nak balik Kg Baharu Jerantut 29-1/2.
Camner nak jumpa PakMan? Saya balik ikut Jln Dong rasanya. Lalu tak kat rumah PakMan?
Saya singgah kejap makan kat umah pakcik Taman Sentosa Raub.

ERkkKk...boleh ker nak jumpa PakMan ni? Opss..saya gerak dari KL 29/1 lepas subuh.

Neeza Shahril said...

hehehee... bila pakai serban orang kata alim kan. Tu di malaysia la..
kalau lah diorang datang sini.. mesti terkejut tengok Pak arab yang pakai jubah dah tutup kepala pakai tudung putih tu (apa entah nama dia) selamba aje minum arak kat Bahrain hehehe..
kat Saudi takde arak..

KR 31 A.K.A Zabri said...

saya pun bercadang nak balik Semantan Raya Cina ni... klu ada kesempatan saya cari Pak man...Insyallah

cikMilah said...

memang double standard. Itu bai naik motor ngan serban dia, OK pulak!

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Ooo..gitu yek. Bijak2..hehe

tchersally said...

takut naik motor..Pak Man..welcome back!!

lina said...

boleh buat gathering kalau ramai orang Raub balik Raub nih! Kita pakat serbu Pak Man!
Hahaha... bijak sungguh Pak Man ni. :D Tapi pakai topi keledar untuk keselamatan, eloklah ikut bukan peraturan tu saja-saja nak dibuat, ye tak?

tulipurple said...

pak man nie mcm2 lah akal dia...hehe.

PINATBATE said...

Bijakk...Pak Man memang bijak....

Zabs said...

Salam ML,

Pendapat sayalah. Kalau seperti cerita ML tu, serban boleh pakai dan buka dengan segera, tentu takda masalah untuk pakai dan buka untuk pakai topi keledarkan?
Lain masa zaman muda ML dulu nak beli topi keledar, kurang mampu.
Ia untuk keselamatan kita jugakan, jika dipakai dengan sempurnalah. Wallahu'alam.

manlaksam said...

Terima kasih semua......
Kepada yang nak jumpa tu Pak Man minta maaf banyak-banyak. Kerana minggu depan Pak Man akan ke Kuantan, nak selesaikan masalah di JPN, sambil bawa anak-anak jalan-jalan.
Rumah Pak man di Batu Talam......
Minta maaf Vimmiyasmin, lina, dan Zabri.
Terima kasih Zabs, Pinatbate,Tulipurple,Teacher,Catz, cikMilah,Neeza,dan yang akan komen selepas ini......

KR 31 A.K.A Zabri said...

takde rezeki la nak jumpa pak man raya cina ini

silversarina said...

Kira Pakman selamat lah pakai serban dan sure memang kekal alim ... selamat bercuti !!

mother of two said...

selamat beraya pakman..hehehhe..kalau naik motor jgn luper pakai helmet :)

HOT ZOOM KOMUNITI said...

Salam Pak Man,
Idea Pak Man memang bagus,dalam cerita lawak tu ada smash sana sini.Saya suka cara Pak Man. Teruskan.

DrSam said...

prinsip memang perlu dipertahankan. Jika sudah tidak ada prinsip lagi, tiada lah lagi harga diri.

kreatif cara Pak Man tu.