Wednesday, October 29, 2008

Pasar Mini Alipah

Semalam Pak Man di Kuantan. Sebelum hantar anak ke MRSM Kuantan, sempat juga Pak Man pusing-pusing Medan Tok Sera. Mengimbau kenangan 25 tahun yang lalu. Dua tempat yang paling banyak kenangan ialah Masjid Medan Tok Sera dan Pasar Mini Alipah.

Masjid, ok. Masih berdiri megah di situ. Pak Man pernah tak balik pada Hari Raya Haji. Malam raya pergi masjid. Ada orang bagi makan nasi dagang.
"Pastikan semua budak-budak asrama ni dapat makan, kalau tak cukup boleh pergi ambil lagi di rumah saya." Kata seorang Pak Cik kepada tok siak ."Budak-budak semua, pagi esok lepas sembahyang raya pergi rumah Pak Cik. Tu..rumah warna kuning tuh."kata dia. Tegas saja.

Lepas makan kami tanya tok siak, "sapa orang tadi tu?"

"Ohhh...itu lah Dato' Mohamad Jusoh, bekas MB Pahang dulu..."

Pasar Mini Alipah sudah tiada lagi. Kedai itu dah jadi Pasar Mini Seri Pelindung. Pak Man tanya budak yang jaga kaunter adakah tokey ini orang yang sama dengan tokey PMA dulu, dia kata tak tahu. Tak pernah dengar pun PMA.

PMA akan menjadi sibuk bila tiba hari Jumaat. Selepas sembahyang Jumaat, akan penuh lah PMA dengan budak-budak asrama TI Kuantan, SM Vokesyenal dan MRSM Kuantan. Masing-masing mencari keperluan masing-masing. Ada beli air kotak, ada beli air tin, ada beli biskut, ada beli roti dan ada juga yang beli rokok.

Mak Cik tokey kedai pun sibuklah memerhatikan kami semua. Maklumlah dalam ramai-ramai tu ada yang panjang tangan."Sejadah letak luar,....tikar sembahyang letak luar!"

Minggu sebelum tu dah ada yang tertangkap sorok air kotak dalam sejadah!

Hari minggu pun ramai juga yang ke PMA. Kadang-kadang malam pun ada yang curi-curi keluar pergi ke PMA cari bekalan. Itu cerita 25 tahun dulu.
Sekarang ni budak asrama kalau nak makan, oder saja pizza. Tak payah susah-susah keluar. Canggih!

2 comments:

Unknown said...

Mat jusoh tu pak sedara sepupu atau dua pupu aku gitu....masa kecik2 selalu jumpa dia.
Kali akhir pasar mini alipah, dua tahun lalu, makan kat restoran hujung itu.....kenangan mengusik jiwang.

Anonymous said...

"Dah bayar keluar...bayr kat kaunter...ha ...air tin tu dh byr" Makcik Alipah cuma berdiri kat pintu masuk je...Memang best lepas solat jumaat. Depan pintu masuk sekolah, warden (Cikgu Mat) check rokok dalam gulung kain pelikat. hehehe..(3133t)