Wednesday, October 29, 2008

Besut dan Setiu

Pak Man nak cerita kisah yang Pak Man dengar dari mulut ke mulut. Cerita pasal pertaruhan laga ayam antara pemerintah Kelantan dengan pemerintah Terengganu pada suatu masa dahulu. Entah benar entah tidak. Tapi Pak Man rasa boleh lah dibuat pengajaran kepada kita semua.

Pada suatu masa , tahun dan tarikh nya tidak lah diketahui. Tempat berlakunya peristiwa ini juga tidak lah diketahui. Pemerintah negeri Kelantan dan Terengganu mengadakan pertandingan laga ayam. Pertaruhan nya bagi Kelantan ialah daerah Besut, dan bagi Terengganu pula daerah Setiu. Kalau Kelantan menang, Kelantan dapat Setiu. Kalau Terengganu menang, Terengganu dapat Besut.

Dipendekkan cerita, dalam pertandingan itu, ayam Terengganu telah menang. Maka Besut pun telah diserahkan kepada Terengganu. Sampai sekaranglah Besut menjadi sebahagian dari Terengganu. Walaupun orang Besut bercakap dalam dialek Kelantan, mereka adalah rakyat negeri Terengganu. Tapi bila berada di KL, orang Besut akan join Persatuan Anak Kelantan. Mungkin pemerintah itu tak sedar bahawa dia telah menyerahkan beberapa buah pulau yang begitu indah kepada Terengganu. (keesahannya cerita ini tidak dapat dipastikan, mungkin ini cerita dongeng sahaja.)

MB Terengganu yang lepas adalah orang Besut...........

No comments: