Thursday, October 30, 2008

Hari Khamis Pakai Baju Batik

Hari ini hari Khamis, Pak Man dan Mak Jah pakai baju batik ke sekolah. Sokonglah industri batik kita!...Pak Man ada beberapa orang kawan di Kelantan yang jadi pengusaha batik secara kecil-kecilan. Kilang bawah rumah saja....tapi semangat mereka kuat. Sekarang ni harga kain putih dah naik agaknya. Kalau naik, kesian mereka. Bermakna kos mereka meningkat lagi.

Bagi kakitangan kerajaan, janganlah berkira sangat. Beli dan pakailah baju batik Malaysia. Ada setengah orang tu, oleh kerana arahan kena pakai batik pada hari Khamis, mereka nak jimat kos, beli batik dari China. Ini dah lari dari tujuan asal kerajaan. Kita nak tolong usahawan bumiputera, tapi kalau beli batik dari China, tak tercapailah hasrat kerajaan. Tak ada semangat nak tolong bangsa langsung!...dapat rezeki lebih tu, kongsi-kongsi lah dengan orang lain.

Jangan nak beli barangan luar negeri saja!...Gucci lah, Dior lah, entah apa-apa lagi lah. Bukan tak boleh, boleh....tapi ingat-ingat lah sikit sedara-mara yang di tanah air ini. Mereka pun nak hidup senang juga.

Kalau orang Malaysia pakai batik China, sapa nak pakai batik kita?, jangan haraplah orang China nak pakai batik kita. Orang Indon mereka begitu berbangga dengan batik Indon. Mat Indon yang kerja di ladang kelapa sawit dekat rumah Pak Man ni, Pak Man tengok mereka pergi masjid pakai kain pelikat Samarinda. Mereka tak pakai kain pelikat cap Gadja ke, cap Kursi ke atau cak Gajah Duduk. Mereka begitu berbangga dengan produk negara mereka.

Pak Man masih makan Budu Cap Ketereh.

Berbanggalah dengan produk keluaran negara kita!

No comments: