Wednesday, October 22, 2008

EDUWEBTV

Sudah habis, kursus Pak Man. Lega rasanya. Selama dua hari Pak Man terpaksa berulang alik sejauh 100 km. Turun pukul 6:30 pagi, balik rumah 6:30 petang. Jadual kursus padat.
Hari pertama ada masalah sikit, kami semua kena daftar secara atas talian. Capaian internet di tempat kursus tersebut tak berapa baik. Sekejap-sekejap terputus. Nak daftar 20 orang peserta ambil masa 2 jam. Pak Man bukan nak komen, tapi nak bercerita sahaja. Hal sebenar!

Pengajarnya, En.Jaafar sangat mesra pelajar. Suara lantang, jelas, power. Semua yang diajar dapat kami ikuti dengan lancar, cuma kadang-kadang ada masalah terputus-putus talian, sedikit mengganggu.
Insyaallah akan Pak Man perturunkan ilmu yang Pak Man terima itu kepada guru-guru di SK Semantan Ulu. Menarik sekali, bagi kerja rumah kepada pelajar melalui e-mail, tonton TV pendidikan melalui internet, ambil bahan-bahan video dari EDUWEBTV , edit, jadikan bahan bantu mengajar.
Tapi tak tahulah macam mana nak diimplimantasikan di sekolah Pak Man, murid mana ada alamat e-mail, mana ada sambungan internet di rumah, dan yang paling besar sekali masalah nya ialah mereka tidak ada komputer di rumah. Kalau nak guna komputer di sekolah, sekolah kami tak ada makmal komputer. sambungan internet hanya ada di bilik guru. Banyak masalah kena selesaikan satu persatu.
Komputer hanya ada 4 buah di bilik guru. Aduuuuh, macam mana? nanti nak kena bincang dengan Ustaz dan Tuan GB.

No comments: