Saturday, October 25, 2008

Meet Uncle Hassan - Part ix

Panggilan itu tadi adalah dari kawan Pak Man, Ibrahim Deraman. Dulu sama kerja dengan Pak Man di Penjara Penor, sekarang dah naik pangkat ‘Ketua Inspektor Penjara’ dan bertugas di Pejabat Parole Negeri Pahang. Dia selalu datang ke Raub kerana kakaknya ada di sini. Kerja Pejabat Pos. Abang iparnya polis, Ketua Balai Raub.

“Sapa tadi tu, Che Mang?”

“Che Brahim.”

“Masih berhubung lagi ya?”

“Ya…dia sorang jelah yang masih berhubung dengan saya.”

“Che Mang, saya rasa saya nak minta diri dulu lah, kalau ada masa kita jumpa lagi. Kalau gi Kuantan tu, jangan lupa singgah rumah saya, batu 12, Taman Mahkota. Nombor h/p saya 019xxxxxxx”

“Betul-betul lah ni tak nak singgah rumah saya ni?”

“Minta maaf banyak-banyak lah Che Mang, lain kali Insyaallah saya akan singgah.”

Kami bersalam, erat genggaman tangan Pak Hassan. Dalam hati ,Pak Man berharap semoga kami berdua dipanjangkan umur dan sempat untuk bertemu sekali lagi.

Seingat Pak Man , Pak Hassan tidak pernah menyakit kan hati Pak Man sepanjang persahabatan kami. Orangnya sungguh baik dan berbudi pekerti yang tinggi.

No comments: