Thursday, October 30, 2008

Lawar

Dah lama tak cerita pasal makan-makan. Kali ni Pak Man nak cerita pasal Lawar, sejenis makanan (lauk) orang Kelantan. Biasanya orang tepian pantai. Macam Pak Man, orang Bachok. (Kalau orang Kuala Rompin Pak Man tak tahu lah pulak!...pernah makan Lawar ke tidak.)Lawar ni dibuat dari isi ikan, gaul dengan bawang, hirisan kacang panjang, daun kesum, hirisan cili padi serta perahan asam limau nipis.

Ikan yang biasa mak Pak Man guna ialah ikan tamban. Ikan nya mestilah fresh, baru naik dari laut. Supaya rasa manisnya ada.

Cara buatnya ialah mula-mula isi ikan itu mesti dipisahkan dari tulangnya. Potong nipis-nipis. Gaul sedikit garam. Perahkan air asam limau nipis, biar rata. Isi ikan akan bertukar jadi putih. Itu maknanya isi ikan tu dah masak. Gaulkan dengan ulam-ulam dan daun-daun tadi.

Boleh dimakan begitu saja atau makan dengan nasi. Kalau di Sarawak, Pak Man ada baca majalah, mereka makan umai(ikan mentah macam ni lah), tapi asam yang digunakan ialah asam paya(buah kelubi). Pak Man rasa lebih kurang sama juga lah.

Resepi ini sebenarnya berasal dari kaum nelayan, mereka bawa asam limau nipis pergi ke laut, dah dapat ikan, mereka perah air asam,ikan tu dah masak dan makan dengan nasi. Tak payah masak, simple. Itu dulu-dulu punya cerita lah. Sekarang ni nelayan pergi ke laut bawa dapur gas!...

2 comments:

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Lawar memang sedap. Ana pun dah tau buat sendiri. Tapi jarang dapat beli ikan tamban, ana guna ikan lain. Cikgu Man bawakla ke sekolah bila ada jamuan lagi yek. Sedap tu...

GombakRock said...

salam ziarah pak man...

sungguh menarik blog pak man ni!! terutama sekali bila pak man cerita pasal makanan2 tradisi melayu dulu2..

rasa2 nya lawar ni kalau kat jepun dipanggil "sashimi"...haha