Wednesday, October 8, 2008

Monkey Chop

Pak Man nak cerita sikit tentang zaman persekolahan Pak Man dulu. Masa tingkatan 4 dan tingkatan 5 lah yang paling banyak kenangan. Masa tu Pak Man belajar di SM Teknik Kuantan(TI Kuantan).

1980 Pak Man masuk tingkatan 4. Pertama kali dalam hidup Pak Man keluar dari Kelantan. Ayah Pak Man hantar naik teksi.......oh, syahdunya!

Kelas kejuruteraan awam, 4B. Rakan sekelas, Ghaffar, Che Roslan, Fudzail, Izuddin, Zulkifli Selamat, Borhan, Mohd.Ibrahim, Sudin, Yusof Hussain, Yusoff Othman, Azman, Jimmy Teo, Ramesh, Lutfi, Rosli Haron, Rosli Razali, Che Zaini, Marhana, Rohana, See Kong Lam, Saupi, Nor mazlan, Hazrein, ...maaflah yang mana tak tersebut tu, bukan Pak Man tak ingat tapi lupa!

Sekarang mereka ni semua dah berjaya, ada yang jadi Ketua Pemuda UMNO, ada yang jadi kontraktor, ada yang jadi jurutera(majoriti lah), ada yang kerja di Dubai, ada yang jadi cikgu, ada yang kerja di Semantan Ulu, ada yang pakai kereta berlambang bintang pecah tiga, ada yang pakai kereta berlambang binatang cerdik, ada yang dah pergi Haji, ada yang bekerja dengan Tabung Haji, ada yang dah kahwin, ada yang dah bercerai, ada yang dah kahwin sekali lagi dan ada yang tak mahu kahwin lagi dah!
Ada yang pakai kereta mata belalang, ada yang makan telur mata kerbau!...macam-macam adaaa.

Cikgu Sumam Vellayuthan dah jadi pengetua di Selangor. Pak Man pernah pakai sari dia semasa pertunjukan pakaian beragam, ooh! sungguh nostalgik!. Cikgu Rita Gosh dah jadi pensyarah IPG (dulu maktab guru). Sekarang Dr.Rita Gosh Moy, dia kahwin dengan Cikgu Moy Wah Goon. Guru Fizik yang pendiam tu, sapa sangka!

Dulu ada macam-macam nama kami semua pakai, ada Bro.Best, ada Bro.MOSAB(Mohd.Saupi Awang Besar), ada Bro.Tiub, ada Bro.Ein, Bro.Panjang, Bro.Tjun dan berbagai-bagai lagi.

Dalam banyak-banyak tu, yang paling terkenal sekali ialah Bro.Monkey Chop, dari kelas 5E, budak mekanikal. Adik-adik semua kecut perut bila Monkey Chop panggil. Nama sebenarnya Kadir. Manalah engkau sekarang ni kadir!

Flying Water juga terkenal pada masa tu, ramai yang jadi mangsa.

8 comments:

Fandi said...

Pak Man plak ape nama panggilan masa tu....?

Anonymous said...

Cikgu Man,nick Monkey Chop tu macam best je.. jangan perangai serupa binatang itu sudah..

*guna kereta mata belalang tapi lambang binatang cerdik

eiyda said...

Salam Pak Man,

Nampak ada nama Fudzail dlm kawan sekelas Pak Man. Dia tu kawan baik kami kt Dubai..

Tepi Sungai Batu said...

eiyda,
Ya lah tu...Fudzail yang tu lah. Pak Man ada ikut blog dia, blog eiyda,dan blog Pak Payne.
Tq kerana komen.

Tepi Sungai Batu said...

catz,
Pak Man dengar kahabar Monkey Chop sekarang jadi penghulu!

Tepi Sungai Batu said...

fandi,
Dalam banyak-banyak Bro. tu ada satu nama Pak Man.Teka lah.
....mula dengan huruf 'T'.

Anonymous said...

Brother Mat Tiub @ Pak Man, sebenarnya Monkey Chop tu kelas 4&5 F (bukannya E).

roshanilawatey said...

Assalamualaikum Pak Man,

Kebetulan 'tersinggah' di sini semasa saja-saja search nama MOY WAH GOON... Sebenarnya Mr. Moy ialah Pengetua di sekolah saya mengajar sekarang, iaitu SMK Tanah Putih. Mr. Moy dah nak pencen. Majlis persaraannya akan diadakan di SMKTP pada 27hb April 2011 ini. Kalaulah Mr. Moy terbaca coretan Pak Man ini, pasti dia akan tersenyum... memang sehingga kini, Mr Moy seorang yang 'soft spoken'...

Saya pun berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang juga, mencari rezeki di bumi Indera Pura.