Sunday, October 12, 2008

Masam-Masam Manis

"Ambo bawa lori dua minggu sekali balik Kelantan, tak kaya-kaya, tokey santan yang kaya, hampeh!" kata Si Baju Pagoda.

Si Baju Pagoda(SBP), banyak kisah hidupnya yang boleh anak-anak ambil buat panduan hidup dimasa depan. Dulu,(2002) SBP ada buat perniagaan kelapa, ambil kelapa dari Kelantan, jual ke Pahang. Untungnya boleh tahan juga lah, lepas lah bayar lori dan boleh simpan sikit-sikit.

SBP merasa sangat bertuah kerana ada seorang tokey santan selalu ambil banyak kelapa dengan SBP. Mula-mula bayar separuh-separuh, lama-lama hutang seminggu, SBP percaya seratus peratus dengan tokey ni kerana SBP ingat semua orang jujur...

SBP tak pernah berniaga sebelum ini. Tak tahu putar belit orang berniaga. Ambil kelapa tulis buku 555, kalau RM 432.00, dia bayar RM 32.00, RM 400 masuk buku.

Ayah SBP ada juga tegur, "jangan bagi hutang banyak sangat, nanti kita tak dan nak pusing modal".SBP kata ,"ya lah!"

"Hutang tu kena minta selalu" pesan ayah, SBP kata,"ya lah!"

Lama-lama hutang tokey tu makin banyak, mencecah 4 angka. Mula lah dia lari-lari tak nak jumpa SBP. Dia dah ambil kelapa dengan cina dari Kuala Selangor. SBP pergi dia masuk bilik tak keluar-keluar. Dua tiga kali pergi , SBP mula rasa putus asa. Malas nak layan. Kita jumpa di akhirat!

Bulan tu bayar lori kena cari duit lain. Bulan depan cari duit lain lagi. Tak boleh jadi macam ni. Bincang dengan tuan penasihat, keputusan BERHENTI berniaga. Lori bagi abang ipar, sambung bayar. Duit muka lori tu dulu biras SBP yang bayar. Jadi lori tu macam 'untuk kegunaan keluarga'. Siapa nak guna dia bayar bulan-bulan.

Sekarang dengar cerita tokey tu sakit. Penyakit hati!.....mata jadi kuning...buat masa ini SBP belum halalkan lagi hutangnya. Sedang dipertimbangkan dengan serius.(teringat kisah ubi kentang )

SBP dapat pengajaran dari situ, malas dah nak berniaga, tuan penasihat suruh sambung belajar, rupa-rupanya tak sia-sia, sekarang SBP dah dapat B.Ed.Mathematics, lagi senang dari jual kelapa rupanya!

Agi Idup Agi Ngelaban!

6 comments:

hazmal said...

ambo tanik ko mat tiub ni
hanya segelintir manusia je hok ada blog ni
boh ni tergolong dlm kerabat tun mahathir & raja petra juga la

ambo loni jadi mantan plok
ingat ko balik keje ganu (dekat dgn kelatam) selamat doh, rupo2 nye hujang di tengah hari
kene buang ko mat siad weh, dia tok leh gi dgn ore ada daroh kelatam ni !!

takbir

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Doh mung dok kat raub,ngapa tak cari saing saing yg mari dari raub dulu dulu.
Sekolah tu dulu antara sekolah pak aku ngajor kira kira 50 tahun yg dulu. Tak silap aku, ada orang tua yg umah dia ada pokok pulasan tu mak angkat ayah aku. Ada lagi idak orang tua itu aku pun dah tak tau.

Aku dah lama tak gi situ, tapi kebun buahan @ hutan mak mentua ada kat situ.

Ingat lagi Putiq?

Tepi Sungai Batu said...

Hazmal,
cuba contact Fudzail, aku rasa mu sesuai kerja di Dubai.

Tepi Sungai Batu said...

Putik,
Insyaallah akan aku usahakan!

Anonymous said...

Cikgu Man,
orang putar belit ngan kita, kita main putar alam la..

*kepala dah berputar-putar ni

Tepi Sungai Batu said...

catz,
Nantilah Pak Man tanya tuan penasihat,....20 perseeeen!