Friday, October 10, 2008

Sambutan Hari Raya SK Semantan Ulu

Cikgu Haji Apandi(teruna pujaan) sedang memberikan ucapan. Di sebelah kanan beliau ialah Tuan GB.



Cikgu Isma sedang memberikan penerangan tentang pertandingan mewarna poster Hari Raya


Cikgu Rozana sedang menyiapkan anak-anak didiknya(murid Pra-sekolah) untuk pertandingan mewarna.


Fahmi , Ketua Murid SKSU. Bakal Penghulu Mukim Semantan, ada gaya!


Nadirah dan Syahadah (murid Tahun Satu)sedang merancang strategi, "kita mesti menang tahun ni."

Pagi tadi SK Semantan Ulu mengadakan majlis sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Majlisnya sederhana saja. Padanlah dengan kami, kami sedar kemampuan diri. Jangan membazir, tapi suasana tetap meriah. Bagi Pak Man yang penting anak-anak semua gembira kerana dapat pakai baju raya ke sekolah. Semua dijamu dengan nasi minyak dan nasi tomato.

'Biar lah sederhana(bajetnya) tapi meriah , jangan tak buat langsung,tapi eksyen"

Murid kami 50 orang saja, cikgu 9 orang, tapi apa yang sekolah besar buat kami pun boleh buat. Hidup SK Semantan Ulu!

No comments: