Sunday, October 19, 2008

Semangat Setia Kawan

Pak Man nak cerita sikit tentang semangat setia kawan pemandu-pemandu lori. Pak Man pernah jadi sebahagian dari mereka suatu masa dahulu. (rasanya anak-anak semua dah tahu kan?). Mereka tak akan tinggalkan sahabat (pemandu lori) yang mengalami masalah di jalan raya walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Bila bawa lori saja maka telah secara otomatik jadi sahabat. Tak payah daftar, tak payah tunjuk kad keahlian.

Mereka lebih terbuka dan lebih ikhlas dalam berkawan. Ini dari pengalaman Pak Man, tak ada tokok tambah. Tapi kalau dari segi perangai dan tingkah laku mereka , Pak Man tak nak komen apa-apa. Itu sendiri punya hal lah...

Mereka sanggup bagi tayar 'spare' kepada sahabat yang ada masalah tayar di tengah hutan Bukit Tujuh. Mereka sama-sama tolong tukar tayar, woooi bukan senang nak tukar tayar lori! . Pak Man pernah mengalami masalah semasa naik Bukit Tujuh. Kelapa penuh satu lori. Bila menghampiri puncak bukit, tiba-tiba enjin mati. Cepat-cepat tarik hand-break. Toleh ke belakang, aduuuh! dalamnya cerun tu!.

Pak Man pun berfikir cara-cara nak selamatkan diri, kalau-kalau lori menghundur ke belakang, Pak Man akan buka pintu dan lompat. Aduuuh! jahanam lah lori, rugi besar tu. Insuran boleh cover ke?, macam-macam terlintas di fikiran.

Dari bawah tersengguk-sengguk sebuah lori kelapa sawit memanjat bukit. Asap berkepul-kepul. Bila melintasi lori Pak Man pemandunya kata,"Tahan, tahan, tunggu sekejap lagi kawe mari!". Pak Man angguk,"Baik, baik". Lima minit kemudian dia datang berlari-lari. Dia ambil batu-batu lebih kurang sebesar kepala dia, diletak kan pada keempat-empat tayar lori Pak Man.

"Kita sendal duluh jangan bagi dia bergerak ke bawah". Pak Man angguk sekali lagi.

"Ok, sekarang boleh start, masuk gear daba,(double gear atau 4WD)...masuk gear satu, lepas hand-break slow-slow, tekan minyak."...vroooom!....peh...peh...peh! mati lagi.

Tiba-tiba lalu sebuah lori kosong, pemandunya seorang cina. Brother tadi tahan, lori tu berhenti jauh di puncak bukit dekat lori brother tadi, dia berlari datang.

"Ada apa?"
"Tokey, ini kawan kita , lori tak mahu jalan, hidup enjin, masuk gear, tekan minyak...mati"
"Woo, manyak bahaya wooo, kalu jatuh boleh hancur lori wooo, jadi lu mahu saya buat apa?"

"Lu boleh tolong tarik ka?"
Beberapa buah kereta lalu, mereka tenguk (jeling)dan terus berlalu.
"Boleh la, lu ada rantai ka, tali ka.."
"Ada saya ada rantai"
"Lu pigi angkat itu rantai, biar saya undur saya punya lori"

Dipendek kan cerita, tokey tu tarik lori Pak Man sampai ke bengkel yang berdekatan kira-kira 10 km. Pak Man belanja mereka makan. Pak Man nak bagi duit kepada mereka berdua. Brother tadi marah, "Demo ni baru bawak lori ko?, kalu ore lamo, dia tak bagi pitih ni. Kito samo-samo dreba lori, cari make atah jale, ari ni ari demo, esok lusa mungkin ari kawe atau ari tokey ni pulak".

"Mintok maah la, ambo ore baru, kalu gitu ambo nak bagi rokok sorang sebungkus, boleh?"
"Haa, kalu rokok tak pa la, saya bagi Dunhill 20 , lu apa rokok lu isap?"
"Kawe bagi Marlboro kotak lembik"

Selepas dari peristiwa itu, Pak Man tak pernah lagi berselisih dengan mereka berdua. Kalau mereka berdua ada baca blog Pak Man , boleh lah hubungi Pak Man. Boleh kita minum-minum dan belanja rokok Dunhill 20 serta Marlboro kotak lembik!

No comments: