Sunday, October 12, 2008

Cuci mulut dengan pinggan

Pak Man ada terbaca dalam Utusan Malaysia, 11 Oktober 2008 (semalam), ada rencana tentang pinggan yang mesra alam. Penulisnya, Suluh Bidai telah berjaya membuat Pak Man berfikir sejenak tentang alam sekitar kita.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada En.Ramaness dari Natures Harmony Industries Sdn.Bhd. kerana telah berusaha selama 3 tahun untuk menghasilkan pinggan yang diperbuat daripada ubi kayu.Pinggan ini boleh dimakan , dan disahkan halal oleh JAKIM.



Pinggan ini boleh menggantikan pinggan polisterina yang terpaksa kita buang selepas menggunakannya. Ini tidak bagus untuk alam sekitar.



Kepada Suluh Bidai, Pak Man nak minta tolong. Tolong ketengahkan idea Pak Man ini atau tolong cadangkan kepada En.Ramaness, kalau boleh pinggan tersebut buatlah dalam berbagai-bagai perisa. Ada perisa 'kuih lapis', ada perisa 'kuih seri muka', ada perisa buah, betik ke, nanas ke, pisang ke, atau apa-apa buah pun boleh. Kalau boleh biarlah buah-buahan tempatan kita.



Lepas makan nasi, boleh lah kita makan pinggan tu pula sebagai pencuci mulut. Sambil berborak-borak, kunyahlah pinggan dengan perisa pilihan anda!. Macam mana?, ok tak idea Pak Man . Kalau ok, pakai lah , kalau tak ok, terserah , nak ketawakan Pak Man pun Pak Man tak kesah.



Kalau ada berlaku bencana alam atau pun kebuluran di mana-mana, kita hantar saja pinggan kita ini sebagai bantuan makanan. Tak payah susah-susah nak hantar beras ke, ikan sardin ke...orang Afrika tentu suka pinggan berperisa ayam kampung!, kerana Pak Man rasa mereka tak pernah makan ayam kampung Malaysia.

Suluh Bidai, tolong ya!

2 comments:

Anonymous said...

Pak Man,
Itu tak pelik sangat. Yang peliknya kalau cuci pinggan dengan mulut.

Tepi Sungai Batu said...

Catz,
Dua-dua tu ok,jangan pinggan tak cuci dan mulut pun tak cuci.Kacau!