Friday, October 31, 2008

Macam ni lah

Bila banjir, motorsikal tak boleh lepas ke sekolah. Ayah datang ambil anak guna cara tradisional.


Terpaksa mengharung air banjir untuk pulang ke rumah. Tak boleh main-main kerana air semakin naik.
Beginilah keadaan kami bila hujan lebat, air sungai naik, melimpah ke tebing. Jalan di kampung ini akan mudah ditenggelami air. Cikgu kena cepat-cepat alihkan kereta ke seberang sungai. Kalau tidak, kena tinggalkan kereta di sekolah. Bila air dah surut baru datang balik, ambil kereta.
Sekolah kami di tempat tinggi, selamat...cuma perhubungan terputus.
Tapi satu saja yang baiknya, air sungai ni cepat naik dan cepat pula surutnya. Tapi tetap kena berjaga-jaga, budak-budak tu semua anak orang. Kalau berlaku apa-apa sapa nak bertanggung jawab.

No comments: