Friday, October 17, 2008

Perkhemahan SK Semantan Ulu.

Bekerjasama mendirikan khemah......jangan curi tulang!


Ke kanaaaaan lurus!


Petang tadi bermulalah acara perkhemahan tahunan SK Semantan Ulu. Murid-murid semua nampak bersemangat dan ceria. Cuaca panas terik. Semasa Pak Man tengah menulis sekarang ini, hujan turun renyai-renyai. Mudah-mudahan tak akan jadi lebat. Insyaallah!



Semua murid bekerjasama memasang khemah. Semangat yang macam ni lah yang nak kita semaikan kepada anak-anak kita. Semoga akan diteruskan semangat ini bila mereka dewasa kelak. Cikgu-cikgu hanya memantau dari jauh, kalau perlu ditegur barulah tegur. Kalau tidak biarlah mereka berbincang sesama sendiri, buatlah keputusan sendiri.



Malam ini akan ada aktiviti ulangkaji pertolongan cemas, balutan dan lain-lain. Ini adalah persediaan untuk aktiviti meredah hutan yang akan diadakan pagi esok. Semoga mereka semua akan selamat pergi dan selamat kembali. Dalam hutan nanti mereka akan diuji dengan ujian ikhtiar hidup. Kelolaan Cikgu Rozana. Guru muda yang begitu pro-aktif dalam menjalankan tugas.

3 comments:

Anonymous said...

Cikgu Man,
Mana ada pro-aktifnya.. Memang suka dera budak-budak ni.. hehe..

Tepi Sungai Batu said...

catz,
Pak Man rasa malu pulak pakai tag ada tulis JURULATIH, tapi kena jaga api lemang....tahun depan bagi tag yang bertulis JURULEMANG atau JURUGAMBAR saja lah.

KR 31 A.K.A Zabri said...

Sekolah saya masa sekolah rendah...
terkenangan zaman kanak kanak...
heheh nostalgia... tempat kemag tu tapak perhimpunan kitaorang dulu dulu....