Friday, October 3, 2008

Koperasi Keluarga Amnah...Semoga Berjaya!

Pagi tadi, kami semua(anak-anak arwah Cikgu Wahid serta menantu dan cucu-cucu)telah mengadakan mesyuarat. Bincang bagaimana nak menguruskan tanah-tanah pusaka yang telah lama tidak diusahakan. Ada juga tanah yang telah diusahakan tapi tak berjaya(siapa lah agaknya orang yang tak berjaya tu?, biarlah rahsia!)

Pengerusi mesyuarat, Abang Teh(seorang perunding kewangan Islam di Dubai). Orang kanannya Abang Tam, ahli korporat!, idea mereka bernas-bernas belaka. Yang lain-lain pun tak kurang hebatnya.

Semua setuju nak tubuh koperasi anak beranak. Opahnya(Amnah) sebagai penaung. Pengerusi Long Halim, S/U Pak Cik Abu(juga merupakan s/u Koperasi Batu Talam), Bendahari Kak Tam(berpengalaman luas dalam bidang perakaunan). Pencatat minit; Syakira dan A-Ai.

Mesyuarat berjalan lancar. Insyaallah sebulan dua lagi akan terdaftarlah koperasi keluarga Amnah ini. Aktiviti permulaan ialah dalam bidang perladangan dan penternakan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Abang Teh.

Semoga berjaya!

3 comments:

Unknown said...

Siapa Abang Teh yang kerja di Dubai itu?

Tepi Sungai Batu said...

Abang Teh tu ialah biras aku, suami kakak ipar aku. Nama nya Ali Aspar bin Amat Diron.Dia kerja di Islamic Finance House(kalau tak silap lah)bekas CEO Affin Islamic Bank msia. Cuba hubungi; aliaspar50@hotmail.com

Unknown said...

OK..ada jumpa dia...