Wednesday, October 8, 2008

Akar Kita

Semasa menjadi Guru Besar di SK Bukit Sambau

Ini lah gambar arwah atok kepada anak-anak semua. Arwah Cikgu Abd.Wahid. Alfateh, ini lah gambarnya arwah ayah mama Alfateh, yang mana kuburnya Alfateh tengok pada hari tu. Kalau Alfateh nak tahu, arwah atok dulu seorang Guru Besar. Murid-muridnya sekarang ni ramai yang dah berjaya dalam hidup, ada yang dah jadi pegawai besar, ada yang dah jadi orang besar, dan ada yang dah jadi Cikgu Besar. Besar-besar belaka!
Pak Man pernah berkhidmat dengan Guru Besar yang merupakan bekas murid arwah atok kamu. Cikgu Abdul Aziz bin Abdul Malik. Bekas muridnya semasa mengajar di SK Ulu Gali, Raub.
Gambar di atas mengikut cerita Opah, diambil dalam bilik GB semasa arwah menjadi GB di SK Bukit Sambau, Raub. Sekarang ni sekolah itu sudah tidak wujud lagi. Pak Man tak tahu lah sama ada telah ditukar nama atau telah ditutup. Sekolah yang terdekat dengan kawasan itu ialah SK Chenua. Mungkin sekolah itu lah kot.
Nak kena siasat lah pulak!
Salam manis.

No comments: