Sunday, October 26, 2008

Esok Deepavali !

Hari ini hari minggu. Sepatutnya Pak Man ke Pasar Minggu, tapi malam tadi dapat panggilan dari Chegu Aji, mengajak ke sekolah pagi ini untuk menyiapkan borang perlantikan DG41. Beliau nak bawa ke Putra Jaya pada hari selasa ni.

Harap-harap selesailah perkara ni pada hari ini. Dah lama ianya tertangguh. Lepas ni barulah boleh fikir pasal nak tebang pokok yang dekat jalan masuk ke rumah Opah tu, susah betul nak cari orang yang sanggup buat kerja tu, lepas tu fikir pula nak suruh Kadir repair pagar yang bocor. Babi bermaharajalela sekarang. Habis ubi kayu dan pokok pisang Pak Man dikerjakannya.

Esok nak hantar anak-anak balik ke asrama di Muadzam Shah dan Kuantan. Kalau jadi Opah nak ikut sekali. Dah lama dia nak tenguk sekolah abang Joy.

3 comments:

Anonymous said...

Bayok sunggoh aktiviti pok man nih..maso dio ni saghi-saghi tok sio sio lah...tapi nyo, biasa hari rayo deepabali kalu dulu dulu pok man sambut barayo jugok..tahun ni dok bakali...maruku..tosei..
HAPPY DEEPABALI.

Anonymous said...

Salam Pak Man. Semuga urusan Putrajaya tu selesai dgn baik adanya. Pasal pokok tu, rasanya kalau takda org nak tolong tebang, Pak Man racun aje dulu. Pasal babi pun, Pak Man racun jugak. Masalahnya kat mana nak cari racun?.
Untuk Abang Joy "GOOD LUCK" with all the best. Kami semua percaya Abang Joy. Semuga Allah memberkati usaha mu.
Parent Alfateh

Tepi Sungai Batu said...

Pok Nik dan Parent Alfateh,
Terima Kasih. Sebenarnya tak lah banyak sangat...tapi Pak Man ni tak biasa ada kerja banyak-banyak ...jenis ore biasa tak dok kerja, ada kerja sikit...mula lah pening!
Sebab tu Pak Man tak dok cita-cita nak jadi Perdana Menteri.