Tuesday, June 2, 2009

Melawat kebun getah.

Semalam ada masa lapang, jadi terfikir pula nak pergi melawat kebun getah yang dah beberapa bulan tak dijenguk. Ada orang kampung yang menorehnya, tapi dah sebulan dah orang tu tak datang ke rumah menghantar 'habuan' bahagian tuan tanah. Apa sudah jadi?. Dah berhenti kah dia?, atau sakit kah dia?.

Persediaan nak ke kebun mesti cukup. Ubat nyamuk dan kasut getah, satu kemestian. Musuh utama ialah nyamuk dan pacat. Kebun tu jauh ke dalam hutan, atas bukit. Pergi naik motor.
Sampai di kebun, nampak pokok baru lepas ditoreh. Susu getah masih menitik.

Jenguk ke dalam mangkuk, nampak ada hasilnya. Tapi kenapa sudah sebulan 'bahagian' tuan tanah tak dihantar?...........


14 comments:

m e E n said...

Pak Man.
Diorang cuti sekolah jgk.
Cuti Menoreh.

lina said...

Dia cuti-cuti Malaysia sebulan kot Pak Man. :D

Neeza Shahril said...

2 bulan tu lama tu.. hasil tak banyak kot..
tapi, sudah pasti penjelasan diperlukan.. betul kan.. :)

eiyda said...

Wah..Pak Man ada kebun menoreh getah jugak ye..

Amermeftah said...

Ha, lagi baik Pak Man pegi jumpa penoreh getah daripada jumpa kebun getah...

faraulah said...
This comment has been removed by the author.
faraulah said...

Baik cek betul2 Pak Man,

Musim getah mahal neh

faraulah said...
This comment has been removed by the author.
DrSam said...

salam Pak Man,
Tak ramai rakyat Malaysia yang masih mengekalkan tradisi berkebun kecil ni Pak Man. Tahniah diatas usaha yang gigih walaupun 'habuan' masih berlum dirasa.

arsaili said...

salam..agaknya harga getah merudum tu la dia tak kasi habuan kot..ehee..selamat bercuti yea

manlaksam said...

Meen,
Menoreh ni cuti nya bila hari hujan.

Lina,
Dia ada datang menoreh, mungkin ada masalah lain lah kot...

manlaksam said...

Neeza,
Ya....penjelasan perlu didapatkan.
Sebelum tu, biarlah kita bersangka baik dahulu.

eiyda,
Pak Man tolong usahakan tanah Mak Mertua.

manlaksam said...

Amer,
Pak Man tak nak nanti jiran-jirannya akan syak sesuatu......air muka dia nak juga kena jaga.

faraulah,
InsyaAllah Pak Man akan cari jawapan nya.

manlaksam said...

DrSam,
Pak Man tolong usahakan tanah Mak Mertua saja. Tanah sendiri tak ada.

arsaili,
Terima kasih, Selamat bercuti!.