Thursday, June 11, 2009

Politik dari sudut pandang Pok Wil.

Pok Wil semasa mudanya seorang manusia 'Gedebe'. Kalau dia kata nak gocoh, mesti dia akan gocoh. Seorang yang tegas dan berpendirian. Kalau kena gayanya, Pok Wil akan jadi sebaik-baik manusia.

"Orang politik suko kkecek belawok".

Pok Wil sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji orang politik.



Kisah 1



Dulu Pok Wil penyokong setia AMNOR, tetapi semenjak anak raja dari Kelantan kalah di tangan Dr.Dir Pok Wil keluar dari AMNOR ikut anak raja itu masuk parti FORTI-SIX.

Lama-lama parti FORTI-SIX dibubarkan , ketuanya masuk AMNOR. Pok Wil menyumpah-nyumpah, "orang politik kkecek belawok, tok leh ccayo, tak dok istiqomah dalam perjuangan".

Pok Wil terkonteng-konteng tidak berparti.



Kisah 2



Setelah beberapa bulan tidak berparti, maka hati Pok Wil terbuka untuk masuk parti BULAN. Pok Wil percaya sangat-sangat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tok guru yang menyatakan orang AMNOR kafir.

Tiba-tiba sekarang ni tok guru tersebut nak berbaik dengan AMNOR. Pok Wil sangat marah.

"Aku kalau dah ludah aku tok jilat balik, malu!!".

Pok Wil kebingungan, tak tahu nak sokong parti mana.

Kesian orang kampung macam Pok Wil.

13 comments:

faraulah said...

Harap-harap Pok Wil tak jadi macam kisah gajah sama gajah bertarung, Pelanduk Mati di tengah.

Zaki said...

politik ore kampong mace Pok wil ni politik jujur, tak ada kepentingan apa2, tak mace politik ore2 lo ni, memperjuangkan bangsa, agama dan negara kononnya.

AZANI said...

sebelum jadi YB,kata nak tolong rakyat,sudah jadi YB, dia tolong jugak, tolong diri sendiri dan kerabat,agaknya pada inilah rakyat yang dia janji nak tolong dulu.Patut kita tanya sebelem dia jadi YB, siapa rakyat yang dimaksudkan.

Amermeftah said...

pulitik org kampung memang jujur, tapi tak bermakna pulitik org bandar? busuk-busuk belaka, org kampung mungkin (mungkin saja) kurang dlm bab pendidikan, jadi tugas org pulitik bandarlah utk berckp supaya mudah difahami org kampung

manlaksam said...

faraulah,
Sama-samalah kita berdoa agar Pok Wil berbahagia dengan jalan yang akan dipilihnya.

Zaki,
Minggu lepas Mahathir ada cakap dalam TV, orang politik ni cakap nya tak ikhlas.

manlaksam said...

AZANI,
Dalam kes Pok Wil ni, puncanya ialah ada YB yang dah kemaruk nak jadi menteri.

Amer,
Masalahnya sekarang ni, semua orang politik yang Pok Wil ikut telah menipu Pok Wil. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Pok Wil penting kan istiqomah dalam perjuangan.

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Kesian pada mereka yang memperjuangkan nilai politik sebenar..

Apa boleh buat.. kita orang kecil..

Anonymous said...

tu org kata jangan cepat taasub dengan sesuatu. serta juga kena ingat orang yang nampak kafir tak semsti nya kafir dan orang yang nampak alim tak semestinya alim dan masuk syurga. menjual bangsa bole le kat hindraf. ahahha sorry pak mae

manlaksam said...

Catz,
Apa boleh buat.....
Terima kasih kerana sudi komen.

Pengomen Tak Bernama,
Kalau ada nama lagi baik, Pak Man tak berapa suka kalu tak dok nama nih.....maaf lah.
Pak man hormati pendapat anda.

Cikli said...

salam,

tok guru tu tak pernah kato amnor kafir.....ini mainan media. pok wil ni baca utusan melayu ke utusan malaysia.

isu nak baik dgn amnor pong mainan lebih2 media.

mulai hari ni pak man kena sponsor harakah setiap keluaran kepada dia.

Abiey69 said...

Cakap orang politik biasanya tak boleh dimasukkan dalam kepala... banyak perkataan dan perbuatan berselindung dek kepentingan peribadi..
Susah mencari politik Seperti yang dianjurkan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jauh perbezaannya... sebelah pihak lantang menyalahkan orang lain dan sebelah pihak asyik mengambil kesempatan....
Mana2 parti pun sama jika Islam dipermainkan.... Islam the way of life bukan barang tunggangan untuk mencapai kepuasan individu..

Jeff Syiru said...
This comment has been removed by the author.
Jeff Syiru said...

sedak baco blog PokMae ni... ambo nok mitok buh dale bloglist ambo buleh la deh... trimo kaseh.. http://bloglepak.blogspot.com