Thursday, June 18, 2009

YB Buah Kecupu.

Ada setengah tempat panggil buah kecupu, ada yang panggil buah mencupu. Orang kampung Pak Man panggil buah ccupu.
Rasanya masam-masam manis. Masa kecik dulu Pak Man suka makan cicah garam. Panjat pokok bawa garam dan makan atas pokok.
Sekarang ni orang kampung Pak Man sibuk dok bercakap pasal 'YB Buah Ccupu'.
Dulu cakap-cakapnya manis, tapi makin lama makin masam. Masam-masam manis macam buah ccupu.
Dalam sehari dua ni cakap-cakapnya terasa betul-betul masam. Orang kampung Pak Man kata 'masam ppughik'.
Masam ppughik ni adalak darjah kemasaman yang paling tinggi sekali.

28 comments:

nj said...

pak man...
Norma tak pernah jumpa buah ccupu...
Kalau 'masam masam manis' macam dalam cerita P.Ramlee tu kan best!

D'Rimba said...

Sedapnya.........Warna cukup menggoda.

AZANI said...

PM, buah ini baru saya nampak,buah ini buah hutan ke pak man?

mother of two said...

pakman,
dulu2 suka cari buah nie kat tepi kubur semantan tu.. rasanya masih ader lagi pokoknya... mmg masam2 manis buahnya.. lagi2 byk zat yg buah tu dapat:)~

AZANI said...

baru selesai google buah kecupu, rupanya ia juga dibuat sambal.

AZANI said...

baru selesai google buah kecupu, rupanya ia juga dibuat sambal.

manlaksam said...

nj,
Buah ni tak ada jual di kedai.
Ya....rasa nya masam-masam manis, sedap!

D'Rimba,
Memang sedap.......buahnya dari jauh dah boleh nampak.

manlaksam said...

AZANI,
Ya...kalau di kampung pokoknya tumbuh meliar di tepi-tepi hutan.
Betul tu...buat sambal sedap!

Shiela,
Oh ya ke?....nanti Pak Man tanya budak-budak sekolah ni.
Kalau ada lagi pokoknya , Pak man nak gi panjat lah.

tchersally said...

Salam PM,
wah n3 2 lm 1 nih..
buah Sally baru kenal sebulan lepas..rakan guru ada bawa ke sekolah utk d bahagi2kan..sebelum ni pernah kenal pun..tak kenal maka tak cinta..tak gitu PM?

YB buah ccupu tu..hmmm..nak kena tu..dah org pilih jd YB..patutnya..jgn ler jd ibarat buah ccupu ni..kena la manis berpanjangan..dan..kerja kena buat juga kan..

Lee D'Langkawi said...

Buah Ccupu, buat sambal sedap - sambal buah ccupu....

manlaksam said...

tchersally,
2 dalam 1 ...hehehe.

Lee,
Betul tu Lee...sedap!.

akula said...

Lama x tengok buah ccupu ni...kalau x dipulihara boleh pupus. Satu lagi buah kkhiyat lama juga x nnapok.

faraulah said...

Pak Man,

Sedap ni, kalo buat sambal ikan tawar dengan buah cuppu, makan plak ngan nasik panas...hehehe

Rindu ko Kampung..huhu

PINATBATE said...

tak pernah jumpa lg buah ni..terima kasihlah pak man tunjukkan..kalau tak langsung tak kenal buah ccuppu..

apa kisah YB cuppu tu Pak Man?

Neeza Shahril said...

buah ccupu ada feberet masa kecik neeza.. ada di tanam sebelah rumah pakcik..
tapi, balik baru ni, tengok dah takde pokok tu..
dah kena tebang.. huhuhuuuuuu...

Amermeftah said...

ya buat sambl atau kerabu macam sambal pauh tu, allah, tak dapat saya nak buat liputan pasal kecupu, sebab yg di belakang rumah dah mati carok air, nak pupus dah pokok ni

Zaki said...

Buah Chupu susah dah nak jumpa lo ni, tapi YB Chupu mace pakman royak tu memang banyak.

cikgu panji said...

buah ccupu muda sedap bubuh dlm lawa. pak man beso ko makae?

eiyda said...

Pak Man..
buah ccupu tu eiyda tok beso tengok la pulok..
hurmm..bakpo la gamoknyo YB tu sapa bunyi masam ppughik doh tu..hihihi..

manlaksam said...

akula,
Betul tu...pokoknya semakin pupus.
Pok Mae pun dah lama tak makan buah kkhiyat tuh.

faraulah,
Sambal ikan tawar dengan buah ccupu......hoooooo.....hanya orang yang pernah makan saja yang tahu kesedapannya.

manlaksam said...

Pinat,
Mungkin sebelah kampung Pinat tak ada pokok ni kot.
YB ccupu ni sudah bikin kecoh satu Malaya.......

Neeza,
Pokok ccupu dah kena tebang?....huhuhuhu....
YB ccupu pun dah kena warning.

manlaksam said...

Amer,
Pokok ccupu carok air?.....macam pokok tembakau pulak.
Kalau yang ada ditebang dan tak ada usaha menanam , maka akan pupus lah ia.

Zaki,
YB ccupu memang bersepah-sepah macam jurujual!.

manlaksam said...

Cikgu Panji,
Lawa Pok Mae beso makan, tapi yang bubuh buah ccupu tok beso lah pulok.
Nok keno tra nih.

eiyda,
Kalau rumah tengah bandar memang tak dok la pokok ccupu nih.
YB tu jadi masam ppughik mungkin kerana terlebih cuka kot.
Hahahahaha.....

Anonymous said...

Sambal ike tawar ccupu memang sedap tahap gaban. Dah berpuluh tahun tak mearas...susah sangat nak cari buah ni.

Mek T

Achu Tra said...

buoh ccupu kito tahu...ghetok ccupu tahu ko mano?? he..he..

manlaksam said...

Mek T,
Lama tuuuuuuu.....

Achu Tra,
Kalu tak silap di Pasir Puteh. Betul ke?.

KR 31 A.K.A Zabri said...

masa saya kecik dulu saya selalu makan buah ni pak man betul betul mengimbau kenangan saya.. rindu rasanya zaman kecik kecik...

Pak Zawi said...

Pak Man,
Pkok ccupu ada lagi di kampong Pak Zawi. Getah pada batang dia boleh buat cat warna kuning.
Sebutla nama YB Ccupu tu biar semua orang tahu. Dia tu nak jadi YB satu penggal je tu.