Friday, June 12, 2009

Zakat menyucikan harta.

Ramai diantara kakitangan kerajaan yang telah membuat potongan terus dari gaji mereka kepada Pusat Kutipan Zakat, ini adalah zakat pendapatan mereka. Setiap akhir tahun PKZ akan menghantar penyata. Bagus, boleh guna untuk potongan cukai pendapatan.
Cuma ada terdengar rungutan dari mereka ini tentang ke mana wang zakat ini disalurkan. Bukan tak percaya, cuma sekadar ingin tahu.
Kenapa masih ramai lagi orang miskin yang tidak mendapat bantuan?.
Adakah mereka perlu membuat permohonan?.

Ataupun mungkinkah wang zakat ini disimpan di bank?.
Atau digunakan untuk membeli bangunan dan kenderaan?.

Seandainya dapat diuruskan dengan lebih telus lagi lah bagusnya.............

8 comments:

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Moga ianya disalurkan pada saluran yang betul.. InsyaAllah

pB said...

PokMae

kito harap hok molek molek doh lah dok ...

silversarina said...

Kami dah lama uruskan pengagihan zakat sendiri , pasti sampai pada penerima yang layak .

m e E n said...

Alhamdulillah Pak Man.

AZANI said...

kami biarkan mereka uruskan,kalau salah guna duit zakat,taulah masa akhirat nanti.

manlaksam said...

Catz,
Harap-harap begitu lah.......

pB,
Memang harap hok molek-molek belako tapi ada terdengar hok tok molek, tu yang rasa tok sedap hati tu.

manlaksam said...

Silversarina,
Cara tu pun bagus juga tuh......

Meen,
Alhamdulillah.....

AZANI,
Betul juga tuh......rasakan!!!

Abiey69 said...

Abiey tunaikan zakat melalui perkiraan sendiri dan diagihkan sendiri.. tapi kita kerja ngan kerajaan nih kena ada resit untik potongan LHDN.
Insya Allah tahun ni nak buat potongan melalui gaji pulak.
Agihan yang dibuat telus ataupun tidak hanya Allah yang tahu dan mereka yang menguruskannya akan bertanggung jawab.