Monday, June 22, 2009

Warna 'Biru Butir Setar'.

Pernah makan buah setar?. Ada setengah tempat panggil buah kundang. Buah setar ni adik-beradik buah 'gemia' atau setengah tempat panggil buah 'kermia'. Buah setar besar , manakala buah gemia kecil sikit saiznya. Pak Man nak cerita pasal warna 'Biru Butir Setar'. Itu orang kampung Pak Man yang cakap macam tu. Orang tempat lain Pak Man pernah dengar mereka cakap warna 'Biru Biji Kundang'. Orang kampung tak tahu nak sebut warna ungu atau purple, jadi mereka kata warna tu adalah "biru yang sama dengan warna butir(biji) setar".
Buah setar ni kalau yang masak warnanya kuning. Manis dan sedap dimakan.
Kalau yang muda belah dimakan sebagai 'ccolek' (cicah dengan garam atau kicap)atau di belah dan keluarkan bijinya dan kemudian dibuat jeruk.

Jeruk gemia atau setar ini sedap dimakan begitu saja atau boleh juga dibuat 'aiskrim Malaysia'



17 comments:

Precious said...

Waa ... terus berair mulutku. Lama x jumpe buah ni.

nj said...

Pak Man...
Haaa...yang ni favorite...sedapnya yang masih masam tu buat jeruk. Norma boleh layan makan jeruk sebalang tau!

AZANI said...

tak pernah nampakpun,dengar pernah, tapi bila pak man cerita ni tak pasal pasal kecor air lior

faraulah said...

Tok suko...masammmmmm!

a kl citizen said...

kecur air liur..

saya tak suka, tapi air liur kecur gak.. banyak pulak tu ya.. pokok sendiri ke?

tchersally said...

PM,
kat kg Sally. Kg Lubok Merbau,Kuala Kangsar.., buah ghemia ni dibuat sbg asam sambal belacan..sedap hingga menjilat jari..

PINATBATE said...

buat ais krim malaysia?..

Amermeftah said...

org Kedah panggil kaler purple, warna bijik remia

pB said...

Buah star sedap buat co'lek. Makae dengae kicap boh gulo ....

Tangkap lelehhhhhhh

manlaksam said...

Precious,
Ye ke?
Di Pahang pokok ni tengah berbuah sekarang.

nj,
Hahahahahaha....hantu jeruk rupanya!.

manlaksam said...

AZANI,
Ye ke?
Di sebelah Kuala Kubu tak ada ke pokok ni?.

faraulah,
Yang masak kuning tu manisssss.

manlaksam said...

kl citizen,
Kalau ada sepokok pun cukup lah....buahnya beribu!.

tchersally,
Buat asam dalam sambal memang sedap!

manlaksam said...

Pinat,
Alaaaa.....ais krim yang dalam plastik tuuuu.Buat sendiri.

Amer,
Ooooooo.....warna biji remia.

pB,
Kalu cicoh gulo dengan kicap, pah tu khenyek lada duo tigo butir....wooooo sedap tuuuuu.

mother of two said...

pokman,
demo tu kato meme musim lor nie. mak ambo doh buat jeruk untuk ambo make kelik niee...hehehhehe kecek kelate pulok...

manlaksam said...

Shiela,
Memang tengah musim lor ni.....
Bagus sungguh mok Shiela, sayae sungguh dio ko anok dio nih....
Ma'Ju apa khabar?
Lamo tok dengar cerita.

rauhunt said...

Ore kmpung sayo tok panggil Biru Butir Star ..panggil Butir Star je

Kalu buat colek cicoh budu lagi sedap banding ngan kicap ...so lagi hok sedap kalu cicoh budu, buoh celagi ..slurrppp

manlaksam said...

Rauhunt,
Ehh.....yo ko?..buah celagi cicoh budu?...nok keno tra nih.