Friday, June 26, 2009

28 tahun ...lama tuuuu.

Baru sebentar tadi (8:30 am) Pak Man berbual melalui telefon dengan kawan lama yang sudah 28 tahun tak jumpa.
Dia kata suara Pak Man dah berubah.........hahahahaha...maklumlah tiap-tiap hari minum air bumi Pahang dan gulai asam rom.
Fudzail baru semalam tiba dari Dubai. InsyaAllah kali ni kami akan berjumpa. Kerana kalau tak jumpa kali ni mungkin lain kali tak sempat doh.
Kita ni nak dipanggil olehNya tak tahu bila. Bila-bila masa pun akan dipanggil. Nombor giliran tu ada tapi kita tak tahu.
Jadi kalau ada hajat nak buat sesuatu tu buatlah segera jangan bertangguh-tangguh.
Selamat kembali ke tanah air FUDZAIL!.

14 comments:

AZANI said...

benar tu pak man setiap orang ada nombor giliran dia.setiap detik menghampirkan kepada giliran.

fzi said...

Salam Pak Mae...
Keta lutut tok tau keno nombor berapa akko gilire...Tu ya keno bowok bekal banyyok...

tchersally said...

Wah..PM..selamat bereunion dgn kawan lama...

lina said...

Pak Man,
lama tu. Kalau budak, dah jadik bapak budah dah. :D

Ntah bila nombor giliran... Michael Jackson pun dah sampai giliran dah...

pB said...

Betul kato Pok Mae tu. Kalu sero nok buat baik , buat terus. Jangae dok fikir fikir lagi. Tapi kalu nok buat jahat , fikir banyok banyok kali sikit

jebatahan said...

Bro. Fudzail wat kelik banyak kurma tuh.. biaso lah saing rapat hok lamo x jupo , br nok jupo kelik ..

silversarina said...

Lamanya tak jumpa .

Selamat bermesra bersama teman lama. Kalau suara Pakman berubah suara Fudzail juga pastinya telah berubah .

nj said...

Pak Man...
Selamat jumpa kawan lama. Biasa juga baca blog sdr Fudzail. Mesti banyak cerita...

sekilas pandang said...

sama dgn umo ambo tu. kalu gitu gak, pok mae ni dah tuo. hihihi....

manlaksam said...

AZANI,
Betul tu....setiap saat kita semakin hampir kepada giliran tu.

fzi,
Yang penting persediaan kita.Harap-harap kita tak lupa berusaha .....

manlaksam said...

Tchersally,
Tak tahu lah bila , masing-masing ada urusan ......
InsyaAllah akan diusahakan.

lina,
Ya lah..... entah bila nombor giliran kita akan sampai. Si Raja Pop tu dah selamat dah....

manlaksam said...

pB,
Pok Mae setuju 100 persen.......betul sangat lah tu.

Jebat,
Memang lama sangat doh tak jumpa. Pok Mae nak tengok rambut sapa yang lebih putih.....hehehehe.
Demo bila nak balik?.

manlaksam said...

Silversarina,
Memang lama.....
Sudah tentu banyak perubahannya.

nj,
Memang banyak cerita yang nak dighoyak. Kalau boleh jangan ada orang ganggu.
Blog fudzail memang bagus, banyak maklumat.

manlaksam said...

Sekilas pandang,
Pok Mae ni memang dah tua. Kalau muda orang tak panggil Pok Mae. Orang akan panggil Abang Mae.