Thursday, June 4, 2009

Timbul pula rasa kesian......

Ini adalah bangunan Plaza Serbaguna di tengah-tengah bandar Raub. Tingkat atas ada kedai-kedai dan tingkat bawah ada kedai makan. Saja nak tunjuk gambar ni kerana tak ada apa nak tunjuk kali ni.
Pagi tadi ada 'si penoreh' itu datang ke rumah. Bawa habuan.........dia kata sekarang ni dia sibuk kerana menoreh 3 kebun sekali gus. Pagi petang menoreh, jadi tak ada masa nak hantar 'habuan' ke rumah Pak Man. Dia minta maaf.
Kenapa toreh sampai 3 kebun?
Kerana nak cari duit lebih.
Kenapa jual kepada tokey lain?
Kerana tokey yang biasa tu beli murah.
Betul lah tu...kita kerja nak cari duit, kalau orang tengah dok cekik darah, macam mana kita nak hidup.
Lepas ni kalau sibuk tak apa lah, hantar lah sebulan sekali pun tak apa.

10 comments:

AZANI said...

Semoga Allah menggandakan rezeki Pak Man sekeluarga

manlaksam said...

AZANI,
Aminn...terima kasih. Begitulah juga kepada anda sekeluarga.

m e E n said...

Hidop sekarang makin susah.
Bersyukur kite dengan ape
yang kite perolehi.
Aminn~

pinatbate said...

oowwhh..
gitu ceritanya..alhamdulillah ala kulli hal..

pB said...

salae Pok Mae


syukor sebab semuonyor berakhir dengae baik ...

mogo muroh reseki lagi lepah nie ...

tok g mano mano ko cuti skoloh nie?

Cikli said...

salam pak man,

sebulan sekali baru standard orang make gaji.

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Saya cuma teringat kata-kata yang saya pernah baca dulu - Kalau kita susah, jangan pandang orang di atas, pandanglah orang ada di bawah.. Tentu kita akan lebih bersyukur..

Maaflah Cikgu Man, saya jarang dapat singgah disini.. InsyaAllah, lepas ni saya akan selalu singgah kat sini ek..

catz_mafia said...
This comment has been removed by the author.
manlaksam said...

Meen,
Syukur !!

Pinat,
Alhamdulillah....

pB,
Belum lagi.....banyak urusan.

Cikli,
Betul tu !!!...TQ.

Catz,
Terima kasih banyak-banyak.

FIRZA said...

patut la lewat sket pak man....alhamdulillah, rezeki klau Tuhan nk bagi, dimana2 dan bila2 masa je...betul tak pak man....