Monday, January 5, 2009

Akhir nya bertemu juga......

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi sesi 2009. Pak Man mulakan hari ini dengan ceria dan bersemangat sekali. Tak sangka rupa-rupa nya ada orang jauh nak datang. Lebih kurang pukul 12.00 pm Pak Man dapat panggilan......."Assalamualaikum, ini Pok Mae ko?"
"Waalaikummussalam...ya ini Pok Mae".
"Pok Mae, ini Jebat , on the way to sekolah Pok Mae, 10 minit lagi sampai lah".

Ohhh....sungguh tak sangka Pak Man, akan berjumpa dengan kawan blogger dari Dubai.

Bila 'kereta besar' warna hitam tu masuk ke perkarangan sekolah semua cikgu-cikgu saspen. Pemantau dari JPN ke, atau dari kementerian?.....kalau tenguk pada kereta tu sekurang-kurang nya pengarah atau KSU. Tapi bila yang keluar dari kereta tu pakai t-shirt kolar bulat, semua lega......sah bukan dari JPN atau dari KPM.

Jebat dan Shiela bersama dengan dua anak mereka datang nak jumpa Pak Man.
Walaupun baru pertama kali bertemu, kami rasa macam dah kenal lama. Duduk di kantin bersembang sambil makan nasi lemak dan teh ais, satu jam rasa sekejap saja.
Lepas tu datang pula GB join sekali, guru-guru lain pun datang berkenalan dengan mereka berdua.
Pak Man terlupa nak ambil gambar banyak-banyak, hanya yang satu ni lah sempat di ambil. Itu pun minta tolong anak mak cik kantin. Shiela ambik gambar banyak kali....harap ada lah tu akan tersiar di blog nya nanti.
Pak Man tak sempat nak ajak mereka ke rumah, kerana mereka amat sibuk sekali. Tapi tak apa, lain kali harap dapat lah peluang menjemput mereka ke rumah.
Kepada semua kawan-kawan blogger tak kira di mana anda berada, Pak Man alu-alu kan ke rumah atau ke sekolah(kalau waktu pagi), sekira nya anda datang ke Raub.
Aghi ni ambo ghaso suko hati.

19 comments:

PINATBATE said...

salam Pakman..
Seronok nampaknya jumpa member blogger..dah jenguk gambar GANTENG kat blog Shiela..amboii....;=)

Unknown said...

:-) wahhh...layanan mesra VIP tu jebat dan shiela dapat dari pakman!!

best best...ni saya pun nak balek lah mcm ni...dan bila ke kelantan akan lalu jalan gua musang tu..so that boleh singgah jumpa pakman jugak. korr lagu mano??

Unknown said...

Nampaknya mat ju dah jumpa dulu, sudah berpuluh tahun tak jumpa MAT TIUB...sekarang sudah jadi MANLAKSAM...

Sally said...

waaa..best nye bloggers meet-up..kalu Sally pegi sana pun..nak menu yg sama tau..hik..hik..

ckp pasal pemantau..Sally kena pantau first day lagi!!..8.20 terpacak kat kelas..tp Sally cool je..fuhh..mujur dah prepare..

* pedih tekak..lama tak "lontarkan" suare..hehe..

Pp lalu G.Musang..nak ke KB takkan x lalu Telipot kut?? Korr lagu mano??

eiyda said...

Wah..bestnya pak man jumpa shiela nga abe matju..nanti insyaAllah ada umur,ada rezeki kami pun nak jumpa jugak nga pak man nanti..erm..kecek gapo tu pasal kami kt dubai ni? ;)

Unknown said...

Yess!!! Tu dia. Jjupo doh tu :)
Kato doh, suko jjupo oghe hok kito jadi saing daley internet di dunia sebenar :)

HABIHA69 said...

Salam Pak Man..nih boleh buat liputan siaran lintas langsung nih Pak Man...dapat buah tangan tak Pak Man?

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Yaaa Pak Man seronok sangat!
Ooooo...dah tengok gambar kat blog Shiela ya, bagus.


Pp,
Hanya nasi lemak dan teh ais...tapi Alhamdulillah sebab nampaknya mereka suka.
Pp, amat dialu-alukan! Singgah lah, bila-bila masa, atau orang Bachok kata 'anytime!'

Tepi Sungai Batu said...

Fudzail,
Dah 28 tahun dah kita tak jumpa. Lama tu...kalau tanam getah dah boleh tebang dan tanam semula dah. Tapi tak apa...tiap-tiap hari ikuti perkembangan di blog.
Nama MT tu orang lain tak tahu,yang mereka kenal sekarang ialah Manlaksam.
Itu rahsia kita tu!......
Mat Ju janji nak bawa demo mari jumpa kawae, InsyaAllah kalau panjang umur kita akan berjumpa.


Teacher Sally,
Datang lah....menu yang sama, InsyaAllah.
Sally kena pantau ya.....tapi Pak Man percaya Sally mesti boleh punya.

Tepi Sungai Batu said...

Eiyda,
Ajak Abe Nik tu mari sini....
Shiela kata rumah dia dekat dengan rumah Eiyda , kira sekampung lah tu di Dubai.
Resipi akok tu Mok Pak Man belum bagi lagi.


Akmal,
Betul kata Akmal tu.....meriah!
Macam mana dengan exam? Pak Man harap semua nya OK.
Bila Akmal dah jadi Doktor nanti Pak Man nak gi jjupo....nok mintak ubat sakit pinggae!

Tepi Sungai Batu said...

Ustaz Habiha,
Mereka balik tergesa-gesa sebab nenek Shiela sakit. Tapi sempat juga mereka terfikir nak jumpa Pak Man, tu yang buat Pak Man tersentuh tuh.
Sedang kan ada bekas anak murid Pak Man yang berselisih bahu pun buat tak nampak saja.(bekas pelajar Chung Ching).

maklang said...

seronok kan dapat bertemu kawan di alam maya...

pB said...

Salam Pok mae ...


memae suko dalae hati kalu buleh jupo dengae orghe jauh jauh nie ...

Tepi Sungai Batu said...

Maklang,
Betul tu. Suka sungguh.....

pB,
Suko ghaso nyo , suko sungguh. Tapi tu lah ...layanan nya tak lah sehebat orang lain, di restoran 5 bintang ko.....jamu dengan makanan yang best-best ko....Pok Mae hanya mampu bagi makan nasi lemak saja.

lina said...

kalau ikut gambar nih, rasa macam pernah jumpa je Pak Man ni. Hehehe (tapi jumpa tak kenal orang lah) :D

Neeza Shahril said...

bila tengok gambar ni, nape yek neeza rasa macam familiar sangat muka sheila tu? mungkin kami pernah kenal.. agaknya la.. :)

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Dulu Pak Man jual kelapa, mungkin Lina ada beli kelapa dengan Pak Man kot.


Neeza,
Mungkin Neeza selalu singgah blog 'Mother of Two'. Kan ada gambar Shiela sekeluarga di situ.
Atau mungkin kawan lama kot.

Anonymous said...

salam pak man..lompat dr blog mother of two..
nama bapa saya othman jugak..tu yg tergerak hati nak berkenalan..harap pakman sudi la yer..hehe

Tepi Sungai Batu said...

Mommy2h,
Boleh...apa salah nya.
Terima kasih kerana sudi singgah.