Tuesday, December 30, 2008

Tahniah!... Nabila dan Ain dapat 8A.

Dari kanan: Nabila, Munirah, Nadia, Syafiqa dan Azrul (10 thn. yang lalu)



Anis Nabila atau Kak Lala, anak sedara Mak Jah yang belajar di sekolah dekat Taman Melawati(Pak Man tak pasti nama sekolahnya), dapat 8A dalam PMR yang baru diumumkan pagi tadi. Tahniah dari Pak Man dan Mak Jah. Ada hadiah dari Pak Man, kalau jumpa Pak Man jangan lupa berdehem,"ehem! ehem!".......insyaAllah Pak Man akan ingat dan terus bagi hadiah.

Duduk di kerusi dari kanan: Farhana, Ain, Aiman, Amin dan Ngah. (7 thn. yang lalu)
Anak sedara Pak Man, Wan Norain Farhah (Ain) juga dapat 8A. Ain belajar di sekolah dekat Tangok, Bachok. Ain ambil 9 subjek(tambah Bahasa Arab), Bahasa Arab nya dapat 'B'. Jadi Ain dapat 8A1B. Tahniah dari Pak Man dan Mak Jah. Sama lah juga...kalau jumpa nanti berdehem lah dua kali,"ehem! ehem!" insyaAllah Pak Man akan bagi hadiah.
Kepada anak-anak yang kurang menyerlah kali ini, harap jangan bersedih. Mungkin belum rezeki lagi, boleh cuba dalam SPM pula.


18 comments:

Neeza Shahril said...

tahniah untuk Nabila dan Ain.. bukan senang nak dapat 8A tu..
teruskan berusaha demi masa depan..

Pp said...

"Ehem Ehem"
"ehem ehem"

Pakman....!

Yes, Tahniah untuk Nabilla dan Ain! Cerdik2 anak sedara Pakman...

cikMilah said...

Dhirah anak Maklang Kerteh pun dapat 8A, bila jumpa Pak Man nanti cakap " ehem..ehem.." nanti PakMan bagi hadiah...
Hehehe, jangan marah ya Dhirah & Maklang..saja nak usik PakMan ni.
tumpang seronok tengok anak-anak berjaya.
Tahniah untuk Ain,Nabila, Dhirah dan semua yang cemerlang.
Yang kurang meyerlah, ambil ini sebagai iktibar, OK.

teachersally said...

Nak ber"ehem"..Ehem" jugak lah..hye Pak Man..Sally nak tumpang ucap tahnaih kat Nabila dan Ain..pandai2 anak2 sedara Pak Man..(tengok la anak sedara siapa kan Pak Man..)..juga tahniah kpd SIC!! tahun ni kami mendahului SM Zainab!! Alhamdulillah..

Psst..masalah Sally dah beres..trima kasih atas sokongan Pak Man..

manlaksam said...

Neeza,
Terima kasih bagi pihak mereka....dah baik dah ke?


Pp,
Ehem! ehem!.....terima kasih. Harap-harap biarlah berterusan sampai bila-bila 'kecemerlangan' mereka itu.


cikMilah,
Oh ...ya ke? Tahniah Dhirah!
Kalau jumpa Pak Man cakaplah, "ehem! ehem!"....
Terima kasih cikMilah.

Teacher Sally,
Boleh...apa salah nya. 'ehem! ehem!' lah selalu agar hidup akan bertambah ceria.
Alhamdulillah....lega rasa nya kalau masalah dah selesai.
Tahniah untuk semua warga SIC!
ehem! ehem!

PINATBATE said...

salam Pakman..
ehemm...ehemm....
tahniah utk mereka berdua..semuga terus maju..

lina said...

Tahniah untuk Nabila dan Ain!

eiyda said...

Tahniah utk Nabila dan Ain drp eiyda..Teruskan usaha agar kekal cemerlang di masa hadapan..

Akmal said...

Alhamdulillah :D
tahniah untuk mereka berdua.

HABIHA69 said...

Tahniah juger dari saya untuk adik-adik manis itu (Nabila dan Ain)untuk Pak Man tak lupa juga ikhlas dari saya..Ehem..Ehem..

Udin said...

Tahniah2... budak2 sekarang ni memang terror...

kak ja said...

Tahniah buat Anis Nabila dan Ain.. Semiga akan terus cemerlang, dunia dan akhirat.. Saya pun ada sorang anak sdr yg namanya Anis Nabila, nak masuk Form 2..

en_me said...

tahniah wat nabila n ain.. moga moga cemerlang sokmo..

manlaksam said...

Pinat,
Terima kasih.....ehem! ehem!


Lina,
Terima kasih.

Eiyda,
Terima kasih.


Akmal,
Terima kasih.

manlaksam said...

Ustaz,
Terima kasih...ehem! ehem!

Din,
Betul tuu.....ehemmmmm!


Kak ja,
Terima kasih, semoga anak sedara kak ja pun akan cemerlang juga.


en_me,
Terima kasih.

silversarina said...

"Ehem, ehem", nak jugak... hehehe.

Tahun ni tak de anak atau sedara mara yang ambik PMR, apapun Tahniah buat semua yang berjaya.

manlaksam said...

Sarina,
Terima kasih.

maklang said...

tahniah...Ain dan Nabila..Pasti ibubapa turut gumbira...