Wednesday, December 10, 2008

Banjir dan Raya Korban

Mengagih-agihkan daging korban dengan perahu ke rumah mangsa banjir. Semangat 'pengorbanan' betul-betul dapat dihayati. Peristiwa ini berlaku di Rantau Panjang , Kelantan. Semoga kedua-dua belah pihak akan mendapat rahmat dari Allah . Yang penting kita mesti bersyukur!
(Gambar dari Utusan M'sia)



Semangat adik-adik ini perlu menjadi contoh kepada yang lain. Berperahu meredah banjir ke sekolah kerana nak ambil peperiksaan STPM. Gambar dari BH(sebelum Hari Raya). Tempat Rantau Panjang Kelantan. Pak Man cadangkan mereka ni dikecualikan dari kursus PLKN. Bagi Pak Man mereka sudah cukup kuat semangat melawan cabaran dalam hidup. Anak-anak yang lembik dan manja sahaja perlu ikuti PLKN.

12 comments:

Neeza Shahril said...

Seronoknya dapat daging korban.. semangat cam ni lah yang kita nak kan Pak Man.. membantu seadanya..
bukan melebih2 sampai ada maksud tersirat ;)

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Pak Man setuju.
Nampak tak dalam gambar tu muka pemberi dan penerima tersenyum saja.Ikhlas tu!

Unknown said...

Rantau Panjang, memang macam tu la tiap-tiap tahun Pakman. Alhamdulillah, kampung saya kat sana kat area tinggi sikit. So terlepas banjir.

Tepi Sungai Batu said...

Akmal,
Pak Man harap Akmal bergembira beraya dengan keluarga.

lina said...

Pak Man,
dulu rumah arwah wan saya di Semantan selalu banjir (dekat dengan sungailah katakan). Sekarang ni kena banjir lagi ke di sana?

Nak menderma, tak perlulah posing pandang kamera & pastikan barang penaja & muka penaja masuk paper, ye tak? Tapi kalau orang dah nak ambil gambar, kenalah maintain senyuman manis. :)

Sally said...

Assalamualaikum Pak Man..lega rasanya dah sampai d bumi Kelantan ni semulaaa..harap2nye Pak Man sambut Raya Hari tempoh hari dgn gumbira..

Bab bersedekah ni seelokya d teruskan walaupun Raya Aidil Adha da berlalu..lg byk memberi..lg byk kita akan terima ganjaran Allah..

Pak Man,Pp x blk lagi ke?

Sally said...

silap taip la pulak..*sambut hari Raya tempoh hari..

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Sekarang pun Semantan selalu banjir, tapi jambatan baru tengah buat. Setahun dua lagi mungkin siap lah.


Teacher Sally,
Alhamdulillah cikgu dah sampai rumah.Pak Man gumbira sokmo.
Pp baru balik makan angin, letih lagi lah tu!
Nampak dalam gambar tu seronok sungguh mereka gi Turki.

lina said...

jambatan yang kalau kereta/motor lalu, 5 km pun boleh dengar dia bergegar tu ke?
Pak Man, jambatan gantung ada lagi sekarang ni? Teringat masa kecik, lepas turun bas, kenalah ramai2 menyeberang jambatan gantung nak ke rumah arwah wan saya di darat. :)
lama dah tak ke sana, hanya sampai ke Kg Ria aje.

maklang said...

Selamat hari raya pakman..tahun ni kg pakman korban berapa ekor lembu??

Unknown said...

:-) gambar menyampaikan segalanya.
memang senyuman pemberi dan penerima ~ manis dari hati yang ihlas.
walaupun dalam hujan dan banjir, jelas kesyukuran dan keredhaan.
begitulah....semoga saya dan sahabat2 di sini juga termasuk dalam golongan yang selalu bersyukur.

tersenyum saya baca teachersally bertanya khabar!

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Jambatan gantung dah tak ada, tapi yang gung gang gung gang tu masih digunakan lagi.


Maklang,
Ucapan yang sama juga buat Maklang. Tahun ni di masjid 5 ekor saja, ekonomi meleset.


Pp,
Semoga kita semua akan termasuk dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur.
Semua orang tertunggu-tunggu demo balik dari makan angin.