Thursday, December 25, 2008

Kisah ambo tanam padi

Anak-anak kenal tak apa nama benda ni? Ini namanya 'tenggala' atau orang kampung Pak Man panggil 'hnolak'. Guna nya untuk membajak sawah, Tenggala ni akan ditarik oleh lembu, samada se ekor(kalau jantan) atau dua ekor(kalau betina). Matanya yang tajam kat bawah tu akan menggemburkan tanah.
Masa kecik dulu Pak Man pernah diajar oleh ayah Pak Man cara guna benda ni. Kita pegang pada hujungnya. Lembu akan tarik. Antara arahan-arahan kepada lembu ialah; Hih ! Hih ! (maksudnya 'jalan' atau 'go'). Cha! Cha! (maksudnya 'kanan' atau 'right'). No! No! (maksudnya 'kiri' atau 'left').

Selepas siap guna tenggala, kita akan guna 'bajak sikat' atau 'geghat'(gerat). Benda ni pun akan ditarik oleh lembu juga. Gunanya untuk melumatkan lagi tanah tadi. Menghancurkan lagi rumput-rampai dan memberi ruang untuk udara masuk kedalam tanah.(itu ayah Pak Man yang cakap).



Semasa proses pusing keliling dalam sawah itu, kalau anak-anak nak naik atas 'geghat' ini pun boleh. Pak Man dulu naik duduk 'ccokoh' atas tu...hehehe..(berangan naik kereta lah tu!). Ayah Pak Man kontrol dari belakang...cha! cha!...no! no!...hih! hih!...sampailah siap satu sawah tu menjadi lumat tanahnya dan sedia untuk ditanam padi(ccedong).
Sekarang ni tinggal kenangan saja, benda tu dah tak ada lagi...dah masuk muzium. Bukan saja budak bandar, tapi budak kampung pun tak kenal lagi dengan benda ni....
Sekian lah dulu 'kisah ambo tanam padi'


20 comments:

Leyla Shuri said...

salam maal hijrah,

orang moden sekarang tanam padi guna komputer...upload gambar padi pun siap hehe.

Tepi Sungai Batu said...

JahRera,
Salam maal hijrah,
Di Jepun tu tentu lagi lah canggihnya....

PINATBATE said...

Pak Man..
entry ni saya suka..tak payah masuk muzium..dah dapat ilmu..

lina said...

Pak Man,
saya setuju Pinatbate. Ilmu banyak kat blog ni, tak payah melawat muzium. :-)

Cuti ni gi tanam padi ke? Hihihi

p.s. tak pernah tengok sawah padi di Raub. Wakaka

Sally said...

Pak Man n3 ni sangat informative..Sally siap suruh Iman baca..Sally tauuuu..Pak Man ni mesti dah tak sabar2 nak mulakan persekolahan 2009..ish lain je kan bila dah lama tak mengajar niii..kita cikgu niii sentiasa nak berkongsi maklumat ngan pelajar..ye tak Pak Man..
Nanti Pak Man cerita la lagi alat2 tanam padi ni..sampai padi jadi beras..Iman tungguuu..

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Pak Man akan bercerita setakat yang termampu....jangan Pak Man pula yang diletakkan dalam muzium tu sudah lah.hehehehe.....


Lina,
Sekarang ni sawah padi semua dah penuh dengan bungalow...tak caya gi lah Kelantan.....tanah untuk tanam padi dah semakin sempit, manusia semakin ramai, sebab tu lah berlaku krisis makanan.


Sally,
Cakap dengan Iman, tunggu lah ya...Atok Man tengah cari ilham.

Neeza Shahril said...

bagus jugak pakman letak gambar hnolok tu kat sini. Neeza pun rasanya tak ingat pernah tengok benda tu..

hehe.. pandai jugok lembu ye.. walaupun bahasa dia tak sama dengan kita, dengar kata jugak la dia.. :)

Anonymous said...

Pak Mae..
masa ambo kecik ambo tgk oghe galo tanoh pakai keto ggalo doh. x dei tgk oghe galo pakai bendo nih. Maso kecik rajin tolong saing2 cedong padi, pas tuh padi besar duk tgg atas wokah tarik tali loceng ambat burung. Skali skalo keno ketuk tin minyak tanah keliling sambil jale atah batas ambat burung.

Unknown said...

NOSTALGIA WEH...ambo pun seghupo pokman suko sgt dok ccokoh atah geghat tuh....

lorr ni ambo rasolah .....cha cha ...no no....tu as selfreminder to the paktani tu sendiri jah..lembu dok pehae pung...lepah dio kato chaa chaa atau noo noo, dio tarik tali idung tu sebeloh kiri ko sebeloh kanae....

hehehe

Kampo ambo guno Kuba!!!

arsaili said...

salam kenal..so educational..menarikkk

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Sebab tu lah Pak Man tulis ni, nak beritahu pada budak-budak generasi baru biar dia kenal dan sedar betapa susahnya orang dulu-dulu nak dapat beras. Lembu zaman dulu dengar kata, bukan macam yang sekarang ni kira nak menanduk tuan saja.


Jebat,
Kreto ggalo tu kira zaman moden dah tu...akhir 70 an baru ada kreto ggalo ni....
Tapi pengalaman ccedong dan ambat burung tu sangat berharga.....


Pp,
Kito seghupo!!...pengalaman naik geghat sungguh manis, sekali-sekala kena libas dengan ekor lembu...lebih mujarab dari makan sup ekor...hehehe...nostalgia!

Tepi Sungai Batu said...

arsaili,
Terima kasih, jenguk-jenguklah selalu.

Unknown said...

Ambo kenal blako mugo gotu,tapi bukey sebab ambok hok joh tanam padi. Tapi sebab gi tengok di muzium :(
Lloni tok jjupo doh. Keto ggalo ado la haha.

LYME said...

Baca entry Pak Man nie teringat cite masa kecik2. Dulu bekesempatan juga la tengok tok guna. Dulu kecik lagi, x dapat nak try guna. Tgk dari jauh je :)

p/s: x dapat nak update blog buat masa nie sbb x bkesempatan nk online.

ZABS said...

Salam Manlaksam,
Saya dulu guna changkul dan tajak je tolong bapa ke sawah. Walaupun ada bela kerbau tapi tak gunakan untuk bersawah.

kak ja said...

Salam kenal, Pak Man.. menarik blog Pak Man nih.. Yg paling best, sbb Pak Man tak lokek nak kongsi ilmu dan maklumat..

Saya semasa kecik dan remaja tinggal berjiran dgn sawah padi tp tak pernah ambil tahu ttg alat2 yg digunakan.. Lgpun masa tu depa dah pakai traktor.. Sawah tu pulak bukanlah hak kepunyaan mak ayah saya yg kerjanya mengadap anak2 murid di sekolah..

Tepi Sungai Batu said...

Akmal,
Tengok di muzium pun tak apalah...yang penting tahu dan kenal.


Zaman,
Dulu atok ada guna benda ni ya...baguslah sekurang-kurangnya kenal dan tahu kegunaan nya.


Zabs,
Oooo dulu-dulu pernah ke sawah juga ya....satu pengalaman yang berguna tu.(anak yang baik).

Tepi Sungai Batu said...

Kak ja,
Terima kasih atas komen Kak ja tu.
Ooooo anak cikgu ya.....
Lain kali sudi-sudi kan lah jenguk lagi.

cikMilah said...

Salam PakMan, bahasa kerbau tu pinjam dari bahasa Siam lama kot.Aruah bapa cikMilah pun guna perkataan tu, tapi ada juga perkataan Melayu.
Dulu masa kecik dok tengok aruah membajak pernah tanya, kerbau tu paham ka apa yang pak suruh..Aruah cakap, kerbau tenggala ni kena latih.
La ni abang cikMilah simpan semua perkakas pertanian tradisi ni, lebih 60 jenis. Selalu juga dia buat pameran. Muzium Kedah dan Muzium Padi pernah minta nak beli; tapi kami adik-beradik belum rela nak melepaskan harta pusaka nenek moyang....

Tepi Sungai Batu said...

Cikmilah,
Lebih 60 jenis, banyak tu...simpan baik-baik....tak ternilai harganya tuuuuuu.