Monday, December 15, 2008

Chek ambo(Ayah ku)

Ada orang memanggilnya ayah, ada yang panggil daddy, abah, papa, baba, apaa dan sebagainya. Ambo memanggilnya 'chek'. Ambo tak tahu bagaimana istilah itu boleh terjadi, tapi ramai jugalah orang kampung ambo yang panggil ayah mereka dengan panggilan itu.

Setelah berpuluh-puluh tahun 'chek ambo' bekerja membanting tulang di kebun untuk membesarkan kami berenam beradik, akhirnya sekarang ni chek ambo dah tinggal tulang dan kulit sahaja.

Selalu sakit-sakit, batuk-batuk dan kerap keluar masuk wad. Dalam telinga ada alat bantuan pendengaran. Usianya dah 80++ tahun. Setiap pagi setelah selesai mengambil sarapan, chek akan duduk di pondok kayu depan rumah yang dibuatnya sendiri. Setiap orang yang lalu akan disapanya,"nok kuano tuh?". Kalau yang naik motor atau kereta chek akan angkat tangan.

Bila tiba waktu sembahyang, chek akan bersiap-siap dan terus ke 'balasah'(surau) dengan motor merahnya. Dulu motornya hitam tapi dah kena curi. Kecewa betul dia, bila bangun pagi nak pergi sembahyang subuh tengok motor dah tak ada. Lepas tu kami adik-beradik belikan dia motor baru. Sekarang ni bila balik dari sembahyang isya' chek akan tolak motor tu masuk ke dapur, simpan dalam rumah.

24 comments:

Sally said...

Alahaiii..tersentuh la pulak..Pak Man beruntung sgt..masih ada ayah..
huhu..( x bole smbung ni..tringat papa..)

Tepi Sungai Batu said...

Sally,
Bawa bertenang!!...tarik nafasss...hembusssss

zul said...

Ye lah..untung Pak Mae ..Ambo umur 26 - dia dah pergi.

Unknown said...

pakman...ambo pun panggil ayahanda hamba .."Chek!" ....dan sempat memanggil namanya sehingga usia 10 tahun....beliau pergi dahulu meninggalkan kami semasa saya darjah empat.

"Chek!" untuk ayah, dan "Tok Chek" untuk granfather lah kan...

kira begitulah panggilan oghe kampo...seperti ambo nih.

lina said...

ooo... Pak Man panggil ayah Pak Man Chek ya... sedara mara saya panggil saya Chek. Hehehe

Sapalah yg curi motor dia tu... dpt jumpa pencuri tu ke? Mesti dia seronok anak-anak belikan dia motor, ye? Ayah saya baru 60 tahun. Minta2 panjang umur.

p.s. Saya panggil ayah saya Bapak. :)

pB said...

salam


kalu pB pulok , ayoh pB panggil MOK dio "chek" ....

simah said...

ayah pak man duduk dengan pak man ka? masyaAllah.. panjang umur dia...semoga dia berbahagia disamping anak n cucu...:0)

Neeza Shahril said...

Ramai yang panggil ayah dia Chek kan Pak Man.. sihat lagi Chek Pak Man kan walaupun da berusia 80 tahun.. ghajeng lagi gi balasoh! Alhamdulillah...

Tepi Sungai Batu said...

Pejo,
Jangan sedih,semoga rohnya dicucuri rahmat.


Pp,
Kes Pp ni susah sikit ambo nak komen. Pp anak bongsu, tentu manja dengan chek kan?.....
Rasa bersalah lah pulak ambo tulis pasal 'Chek ambo' nih.


Lina,
Mintak-mintaklah biar bapa tu panjang umur.60 muda lagi!!!

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Pak Man ada kawan yang panggil mok dia'chek'.Tapi loni jarang doh ada yang panggil'chek'.

Simah,
Ayah Pak Man duduk di Kelantan, Pak Man duduk di Raub.Sekarang ni cuti sekolah jadi Pak Man balik lah. Adik Pak Man ada dua orang yang tinggal sekampung dengan ayah.Dua-dua tu perempuan.Rumah mereka dekat-dekat.


Neeza,
Semalam dia bersungut rasa sejuk sangat bila nak gi sembahyang subuh, maklumlah sekarang ni musim hujan. Jadi petang tadi Pak Man belikan dia 'baju sejuk'. Bila dia pakai nampak macam orang Eskimo lah pulak....

Sally said...

Oooo..Pak Man ada di KB eh?

Tepi Sungai Batu said...

Sally,
Ya...tapi banyak sangat agenda yang perlu diselesaikan. Tak sempat jumpa kawan-kawan pun.

Sally said...

Kat Bachok la nih?..Pak Man, dulu satu skolah ngan Pp ke?

silversarina said...

Chek pakman nampak masih sihat walaupun dah lebih 80 tahun , syukur . abah saya meninggalkan kami akibat sakit jantung 12 tahun lalu di usia 63 tahun . selalu terimgat jasa arwah abah, sayu je baca entry ni .

Tepi Sungai Batu said...

Sally,
Ya, Pak Man di Bachok sekarang. Sebenarnya Pak Man pun macam Sally juga kenal Pp di alam maya!!.....tapi macam dah lama kenal hehehehe.


Rina,
Laaa ramai betul orang yang tersentuh hati kali ni....rasa menyesal lah pulak Pak Man tulis ni...

PINATBATE said...

Salam PakMan..nampak sihat lagi chek Pak Man..
abah saya dah 65 tahun..Alhamdulillah sihat ..cuma dah mula selalu sakit urat,sakit pinggang,sengal lutut..skru dah longgar katanya...

Tepi Sungai Batu said...

Pinatbate,
Selamat kembali...lama tak jenguk, ada jumpa Ustaz Habiha ke?.....
Ayah Pinat 65 tu kira muda lagi tu...semoga dia sihat selalu!!
Tq.

Anonymous said...

Sihat lagi ayah Pak Man yer... abah koi 62 tahun... sihat lagi... tp biasalah org Felda kerja kuat masa muda2... skrg tak kuat lagi... semua sendi dah longgar... kebun upah kat org potong buah sawit...bulan2 tunggu hasil jer...

ZABS said...

Salam Man. Saya pula panggil "Apak". Kalau masih hidup, dah 91 tahun umurnya. Al-Fatehah untuk semua arwah. Utk Chek Pak Man, semoga diberi kesihatan yg baik. InsyaAllah.

Tepi Sungai Batu said...

Ayie,
Orang Felda memang 'lumayan', ladang ada 10 ekar. Tokey estet gitu!


Zabs,
Lama tak jenguk....
Ya Alfatehah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita.

Masayu Ahmad said...

nostalgia betul cerita pak man..ayoh saya pun masih sihat lagi sudah menjangkau 75 tahun.
biasanya bergendong naik motorsikal dengan mek (emak saya) setiap kali nak pegi masjid. sekrang ni sorang2.kadang2 kesian juga tengok ayoh.

Tepi Sungai Batu said...

Masayu,
Bersyukur sangat-sangatlah kita yang masih ada ayah ni...minta biarlah dia panjang umur dan sihat selalu.

KR 31 A.K.A Zabri said...

saya doakan Chek(ayah) pak man sehat sentiasa hendaknya...
ayah saya dah pergi 15 tahun yang lepas....

Tepi Sungai Batu said...

Zabri,
Aminnn. Terima kasih....