Thursday, December 25, 2008

Cerita kerbau dan padi

Ini kira sambungan dari entri yang sebelum ini. Kisah orang tanam padi lagi, harap anak-anak tak akan jemu membaca nya. Gambar di atas tu menunjukkan bagaimana orang membajak sawah dengan menggunakan kerbau. Anak-anak kena ingat, ini kisah zaman dulu, dalam tahun 70 an dulu. Sekarang ni dah tak ada lagi dah, semua guna jentera.
Selepas sawah siap dibajak, petani akan pindahkan anak padi dari tapak semaian ke sawah. Proses ni orang kampung Pak Man panggil'menyabut'(asal dari perkataan 'cabut'). Setelah siap dicabut, diikat dan dibawa ke sawah untuk ditanam. Proses menanam dipanggil 'ccedong'(mencedong). Pak Man cerita ni ikut versi kampung Pak Man. Gambar orang sedang 'ccedong' tak ada, maaflah....

Setelah ditanam, padi akan dijaga airnya , bajanya, serta racun serangga kena cukup. Selepas beberapa bulan, padi akan masak dan sedia untuk dituai........


Ini salah satu cara menuai padi pada zaman dulu. Sekarang ni guna jentera. Lepas dituai, padi akan dibawa ke kilang untuk dijual atau di kampung Pak Man ada kilang kecil kepunyaan orang kampung, ambil upah memproses padi untuk jadi beras. Pada masa dulu upahnya untuk satu tin minyak tanah(sukatan)padi ialah 50 sen. Kalau kita bawa seguni padi untuk dimesin, kita akan dapat setengah guni beras.....




12 comments:

lina said...

Bayangkanlah betapa banyak kederat untuk kita semua dapat makan nasi ye...

silversarina said...

Banyak jasa kerbau pada kita semua .

Saya dah tua ni jejak kaki ke sawahpun tak pernah , makan nasi je tau :(

Fid said...

pak man
pada suatu masa dahulu saya juga ada tulis ttg padi ni..cara2 org kg saya tanam padi heeeee

tapikan padi fresh dari bendang kalau kita jemur n tumbuk manually...lebih sedap berganda2..tanak dlm periuk tanah atas dapor kayu...fuhhh
mkn ngan ikan goreng garing pancing kat bendang juga...

kasih nash said...

salam Jumaat Pak Man.. sihat ker??

HABIHA69 said...

Salam Pak Man..masa makan kita jarang nak ingat si penanam padi...masa beras naik harga kita marah-marah tak tentu hala...mahal sangat katanya.Sekali-sekala kalau penanam padi mogok kita nak makan apa pak Man...hi..hi..hi..Salam Maal Hijrah Pak Man..moga kita tergolong di dalam hambaNya yang bersyukur.

Sally said...

Sally kalu anak2 mkn x habis, atau membazir nasi..mesti start berceramah..betapa payahnya org tanam padi..sampailah jadi beras..sampailah jadi nasi..terkebil2 mata anak2 dgr mama berleter..harap2 pahamm ..
Pak Man jgn lupa sambung lg tau..

Mother of Two said...

dulu mak ngan bapak ader tanam padi kat temau. pas tu bwk pegi mesin padi kat dong... skrg kilang padi tu dah jadi kedai nasi ayam zaza..depan balai polis.....salam maal hijrah:)

kak ja said...

Sebijik nasik tu setitik peluh petani... Kekdg saya yg tak bnyk dan tak cukup anak ni ada gak masanya terpaksa buang je nasik yg dimasak, sbb tak habis makan.. Masak sikit tak cukup, masak lbh sikit dah sampai terbuang.. Nak bg pd ayam, takde bela ayam.. Sedih, Pak Man!!

Neeza Shahril said...

neeza sempat tengok orang menuai padi cara last tu.. masa kecik kan neeza duduk dengan Mok (nenek) di kampung.. bestnya.. tapi tak pernah masuk sawah yang ada ntah tu hehee..

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Ya, memang.....jadi hargailah setiap titik peluh petani.


Sarina,
Besar jasa kerbau....lepas tu kena buat korban pula.


Fid,
OOOO kampung Fid ada lesung padi....
Sedap tu ...ikan sepat dan puyu goreng.

Tepi Sungai Batu said...

Nash,
Alhamdulillah..sihat.


Habiha,
Salam Maal Hijrah juga untuk ustaz, lama betul bercuti.


Sally,
Bagus tu, budak-budak ni nak kena diingatkan selalu.

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Salam Maal Hijrah, oooo ada pengalaman juga lah ya.


Kak ja,
Kalau tak sengaja tak apa, tapi lain kali cuba kontrol agar tak membazir(bukan nak mengajar).


Neeza,
Pernah tengok, jadi ada pengalaman tengok tu dah ok lah tu....dah dapat bayangkan betapa susahnya mereka.