Pak Man dilahirkan dan dibesarkan di Bachok , di sebuah kampung nelayan. Bila tiba bulan 12 semua nelayan tak turun ke laut. Ini bermakna tiada pendapatan. Hidup mesti diteruskan. Jadi waktu ni lah semua barang kemas anak-isteri akan masuk ke pajak gadai, berehat dalam peti besi. Tapi sekarang Pak Man rasa tak berlaku lagi. Pendapatan nelayan dah tinggi. Ada banyak simpanan.


Tiga hari lepas, sebuah rumah ranap dirempuh dan ditindih oleh tanah bukit yang runtuh juga di belakang rumah. Ini berlaku di Ulu Yam. Pak Man rasa semua orang di Malaysia ada baca berita tu kan.....dua orang anak meninggal tertimbus semasa sedang tidur.
5 comments:
kesian kat keluarga kat ulu yam tu.Terpaksa berjalan jauh utk dptkan pertolongan dari jiran terdekat.
Salam PakMan..
Orang pantai timur dah biasa hadapi banjir ..mereka lebih bersedia dan gambar dalam tv senyum sokmo..kalau banjir besar kat Johor macam tahun lepas tu..panic lah sikit sebab tak pernah hadapi..
sedih dengar bila ada kemalangan jiwa ni.. kalau harta dunia mungkin boleh cari kan..
demoloni.....
Ya lah, kesian. Bila tenguk dalam TV, Pak Man rasa sayu saja.
Pinatbate,
Ya lah, kata orang'alah bisa tegal biasa'.
Neeza,
Ya sedih.....anak-anak tu.....
3 hari tak hujan, mlm tadi hujan pulak.
Post a Comment