Friday, May 15, 2009

Wahai Mat Silver

Pak Man nak ingatkan.............
Jangan bergaduh sesama sendiri,
Nanti jadi macam Palestin,
Kedua-dua puak tak dapat apa-apa,
Israel yang untung,
Rakyat merana.........

Yang kalah.......
dapat abu.
Yang menang.......
dapat arang.
Boleh buat conteng muka.

Dalam perjuangan,
pilihlah Rasulullah s.a.w sebagai idola.
Bukan Mahatma Ghandi atau Mandela.

Orang lain dapat pingat emas,
kita dok berebut pingat perak.

10 comments:

tchersally said...

PM,

n3 yg penuh makna..bernas..Sally setuju 110%..sama2 dok berebut pingat perak..dah mcm budak2 berebut gula2..last2 tauke gula2 yg tepuk tangan..hmm alahai..

Achu Tra said...

Masyaallah...rangkap ke-3 cukup menarik lah Pok Mae..sapo lagi hok selayoknyo untuk kito jadikae idola kalu buke Rasulullah s.a.w!!..nok takbir ko Pok Mae??..TAKBIR!!

manlaksam said...

tchersally,
Pak Man sekadar meluahkan isi hati yang tak sepandai mana.......
Tidak menyokong dan menolak mana-mana pihak.

Achu Tra,
Pok Mae tulis ikut apa yang terlintas di kepala otak Pok Mae saja. Kalu ado yang tak setuju, mintak maaf lah.

mother of two said...

pakman,
tak syak lagi... mmg betul pakman

PINATBATE said...

setuju sangat tu Pak Man...

AZANI said...

PM;mula mula minta maaf,tapi ini pandangan peribadi saya,masalah Perak tu bukan pasal Ir Nizar jadi MB, tapi pasal Ngeh jadi taiko, exco majoriti DAP,belum apa apa lagi dah mula tukar hak milik kekal 99 tahun,dah mula tutup tadika kemas, yang ratanya orang Melayu kita yang hantar. Memang sepatutnya saya tak perlu campur, tapi ramai saudara mara saya di negeri perak, arwah ayah dan ibu memang orang sana.Itu yang sedikit sebanyak tersentak, tambahan pula mereka yang di Setiawan,Ipoh,Parit,kalau lihat sendiri macam merekalah yang kebelakang.Saya juga tak salahkan pilihan mereka, sebab masa BN dulupun, banyak yang lupa diri,jaga tembolok , bukan nak jaga rakyat.Sekarang terimalah balasan.Tapi sedih tetap sedih bila lihat orang kita ke suluk, berhuma bagai.

KC said...

dalam maksudnya tuuu....

Multiman said...

Setuju!!...semua jadi huru hara...at the end rakyat yg sensara.

manlaksam said...

Shiela,
Pak Man tak pandai berpolitik, tapi rasa-rasanya macam tu lah.

Pinat,
Setuju ya?....bagus, bagus.

manlaksam said...

AZANI,
Wahhhh....panjang lebar nampaknya. Betul tu....PM setuju. Bagus...bagus!

KC,
Boleh tahan laaaaa....tq.

Multiman,
Selamat datang......
Betul tu, kesian rakyat.