Wednesday, May 6, 2009

A.Gagah sudah tiada lagi.

Semenjak Jelita keguguran, Gagah tak lalu makan dan minum. Setelah berminggu-minggu tak makan maka Gagah tak berdaya untuk berdiri lagi. Pak Man bawa Gagah ke klinik. Pembantu veterinar cakap yang Gagah kekeringan air dalam badan. Dia bagi 2 suntikan. Dia suruh Pak Man paksa Gagah minum setiap hari. Pak Man bagi Gagah minum susu dan air secukupnya setiap hari. Setelah dua minggu, Gagah tak dapat bertahan lagi. Semalam 5.5.09 , Gagah telah pergi buat selama-lamanya.

A.Gagah sudah tiada lagi. Tapi sekarang ni Rupawan sedang bunting 3 bulan. Anak dari benih Gagah. Sama-samalah kita tunggu kelahiran anak Gagah nanti.

18 comments:

Neeza Shahril said...

Gagah pergi meninggal zuriat... :)
dia sedih sangat ke Pak Man, anak dia pergi tu..
hehee.. lawak la pulak rasanya..

faraulah said...

ermmm..
kalau ternakan ayah saya...
mcm kes keracunan(termakan rumput yg baru lepas diracun)

lina said...

aiseh, dia keciwa ke Pak Man?

tchersally said...

Innalillah..sedihnya..sian Gagah..PakMan jaga mmolek Rupawan tu..warisan peninggalan gagah..

PINATBATE said...

Alamak..tetiba rasa sedih pulak...tak apa lah Pakman..Insyaallah nanti ada rezeki lain yang tiba..

naha said...

Assalamualaikum Pak Man,

alaaaa... shedihnye.. takpe, kata orang nak dapat rezeki beso lagi tu. semoga lepas ni banyak rezeki mendatang.

silversarina said...

Saya terasa sedih atas pemergian A Gagah walaupun kenal ia hanya di blog pakman.

Anonymous said...

la kenapa tak disuapkan ait glucose atau air klapa (ada glucose) kasi dia energy.

AZANI said...

PM,
semoga yang pergi diganti dengan yang lebih baik lagi.

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Sedihnya story. Tapi takpe anaknya ada kan? Satu pergi satu datang..

mother of two said...

patah tumbuh hilang berganti... takpe.. nanti beli baru pasangan hidup si rupawan.

Zabs said...

Salam PM, Semoga mendapat penganti Gagah, yang lebih gagah. InsyaAllah.

manlaksam said...

Neeza,
Kadang-kadang sedih dan kadang-kadang lawak.

faraulah,
Keracunan ke?....tapi orang klinik haiwan tu kata kekeringan air....entah laaa.

manlaksam said...

Lina,
Entah laaaa, mungkin juga kot.

tchersally,
InsyaAllah akan PM jaga baik-baik.

manlaksam said...

Pinat,
InsyaAllah.....harap-harap dapat lah tu.

Naha,
Moga-moga masin mulut Naha.....

manlaksam said...

Silversarina,
Terima kasih banyak-banyak.

Sahabat,
Pak Man tak terfikir pulak nak beri glukos......

manlaksam said...

AZANI,
InsyaAllah......

Catz,
Anaknya masih dalam kandungan.

manlaksam said...

Shiela,
InsyaAllah....akan diusahakan.

Zabs,
InsyaAllah....
Terima kasih banyak-banyak.