Sunday, May 10, 2009

Chek ambo masuk wad.


Kak Teh sedang melayan 'Tok Chek nya'..........

Jumaat lepas Pak Man terima panggilan yang memberitahu tentang Chek yang sesak nafas dan dimasukkan ke Wad Panglima HRPZII Kota Bharu. Petang tu Pak Man balik berdua sahaja. Sampai di Kota Bharu 9:00 malam. Masuk ke wad, ada 'Kak Teh Farah' dan 'Mok' sedang menemankan Chek di sana. Mok kata malam ni dah masuk malam kedua dah Kak Teh menemankan mereka berdua tidur dalam wad. Terima kasih Kak Teh. Kak Teh sekarang tengah bercuti , dia belajar di Kolej Matrikulasi Penang. Kak Teh adalah anak kepada abang Pak Man yang sulong.
Ain dan Safawati baru tiba untuk bertugas.
Pagi esoknya, tiba pula giliran Ain dan Safawati(Mek Ti) menjaga Tok Chek mereka di wad. Chek tak boleh ditinggalkan sendirian kerana dia perlu dipimpin kalau nak ke tandas, dia pening. Ain kebetulan balik cuti hari Wesak, dia belajar dalam tingkatan 4 di MRSM Jeli. Mek Ti pula masih lagi belajar dalam tingkatan 2 di SMK Zainab, Kota Bharu. Mek Ti anak kepada abang Pak Man yang nombor 2, manakala Ain pula adalah anak kepada adik Pak Man (no.4, Pak Man no.3).

Mek Ti, Ayah Long, Kak Teh, Chek dan Ain. Waktu makan tengah hari, mereka membantu Chek makan tengah hari.
Ayah Long dan Kak Teh, menolong Chek semasa makan dan minum.
Hari ini adalah hari ibu, tapi Pak Man bercerita pasal ayah, jangan marah semua ibu-ibu.
Selamat Hari Ibu!!!

8 comments:

PINATBATE said...

mudah-mudahan cepat ayah PakMan sembuh ..

silversarina said...

InsyaAllah Chek cepat sembuh dengan layanan first class dari anak2 dan cucu2 .

Anonymous said...

Salam Pok Me,

Doa adalah ubat...berdoalah semoga chek cepat sembuh.

lina said...

Semoga cepat sembuh...

faraulah said...

semoga Ayah Pak Man cepat sembuh...
Nasib baik ada anak cucu ramai
boleh bergilir2 jaga..

AZANI said...

begitu berbaktinya anak anak yang baik terhadap ibubapanya, semoga kebaktian berterusan dan membawa kebajikan.

jebatahan said...

takziah buat PM, Moga chek PM cepat sembuh harapnya.

manlaksam said...

Kepada semua kawan-kawan,
Pinat,Silversarina, Sahabat,Lina, Faraulah, AZANI dan Jebatahan terima kasih banyak-banyak di atas doa dan ingatan kalian semua.
Semoga Allah mengurniakan anda semua serta keluarga kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan, amin.