Saturday, May 23, 2009

Maaf lah ambo sibuk sikit.

Hari ini seharian Pak Man di KL. Menghantar Azrul, anak Pak Man mendaftar di Pusat Asasi UIA, PJ. Azrul tak jadi masuk Matrikulasi, dia masuk kursus Asasi Kejuruteraan UIA.
Pukul 8 malam baru sampai di rumah.
Pagi esok nak ke Kuantan melawat anak di MRSM Kuantan. Dia demam dan dikuarantinkan. Dah 100 orang lebih dah budak MRSM tu demam(selsema).
Pak Man dah siap beli penutup hidung.
Harap-harap semua yang demam tu cepat-cepat lah sembuh, kalau tidak......cuti sekolah minggu depan semua tak dapat balik. Semua kena kuarantin.....huhuhuhu.

15 comments:

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Tentu letih tu.. bawaklah berehat.. Semoga anak cikgu Man yang kat MRSM tu ok..

Susah gak kalau bercuti di sekolah.. hhuhuhu

faraulah said...

Salam.

Patut pun senyap sunyi umoh Pak Man..

Dekat benar ngan tempat saya Pusat Asasi Uia neh.

Betul tu Pak Man,
kena amik langkah berjaga-jaga,
banyak kes2 yang pelik melibatkan kesihatan loni..

PINATBATE said...

Tahniah Azrul!

alamak..dah 100 org demam serentak pakman?..mudah-mudahan cepat pulih sihat semuanya..

tchersally said...

Ya btol..tahniah Azrul..moga terus cemerlang!!!

Kesian anak PM yg d MRSM tu..harap2 demam selsema biasa2 je ye..cepat sembuh..

Abiey69 said...

Tahniah untuk anak pak man..

Moga Cepat sembuh yang dok kat MRSM

Akmal said...

Oh, masuk uia pj ke? Kalu engineering, gi gombak la dia lepas ni :)
Kalu dia ambik bioscience ke, buleh jumpa saya dan adik dia di kuantan hehehe :D

Nour said...

semoga anak pak man cepat sembuh..sedey die nnti tak dpt blk bercuti nnti..=)

Neeza Shahril said...

Pak Man, kiranya Azrul ni super duper junior Neeza lah dan Neeza ni super duper senior dia hehehe..
ada lagi cikgu2 lama masa neeza belajar dulu disana.. setia sungguh mereka :)
tahniah Azrul..

pssttt.. nanti kami nak buat reunion disana tau ;)

Zaki said...

Tahniah Azrul dan cikgu Man, semoga berjaya dunia dan akhirat.

Yang dok MRSM tu moga cepat sembuh, anak kawe hok dok asrama tu pun sama, asyik deman je.

AZANI said...

semoga anak anak PM pulih dari demamnya,semoga anak di UIA berjaya dan semoga PM sekeluarga beroleh kesejahteraan dan keselamatan.amin.

manlaksam said...

Catz
faraulah
Pinat
tchersally
Abiey
Akmal
Nour
Neeza
Zaki dan AZANI....
Terima kasih semua, semoga anda semua dan keluarga sihat-sihat selalu.
Maaf kerana tak dapat menjawab komen anda semua seperti selalu.
InsyaAllah bila ada kelapangan akan Pak man jawab dengan panjang lebar.
Sekian terima kasih.

silversarina said...

Harap anak pakman di Kuantan dapat balik bercuti.

Pakman jangan lupa jaga kesihatan jugak .

manlaksam said...

Silversarina,
Terima kasih banyak-banyak.

eiyda said...

Tahniah pada anak Pak Man kerana dapat menyambung pelajaran ke UIA..
Harap2 tak melarat dan cepat sembuh anak Pak Man yg kt MRSM tu..skrg ni mcm2 cerita pasal wabak selsema ni. Moga Allah lindungi mereka semua.

mother of two said...

oo yer ker pakman. habis kena kuarantin... semoga cepat sembuh...