Sunday, February 1, 2009

Pengisytiharan Harta - A.Gagah

Sebagai seorang yang tulus dan telus, Pak Man ingin mengisytiharkan bahawa harta Pak Man telah bertambah.
Pada bulan lepas Pak Man telah beli seekor kambing jantan. Wang hasil bonus bulan Disember 2008. Butir-butir lengkapnya adalah seperti berikut:
Nama kambing : A.Gagah (nama penuh Abang Gagah)
Jantina : Jantan
Umur : 7 bulan
Harga : RM 18 sekg (18 X 15kg = RM 270)

Sepatutnya kita semua kena isytihar kepada orang ramai kalau harta kita dah bertambah. Ini boleh mengelak daripada timbulnya fitnah.
Masyarakat akan jadi kacau -bilau oleh kerana fitnah.
Jangan tiba-tiba keluar surat khabar,"Rumah Dato' XYZ dirompak - barang kemas isterinya hilang 10 kg....nilai tak dapat ditaksirkan ....."
Orang kampung mula lah buat andaian ...macam-macam cerita tersebar.
Kesian mereka yang buat cerita tu....berdosa lah dia.
Ini pendapat Pak Man saja, orang lain mungkin lain pula pendapat nya, anda bagaimana?

15 comments:

Sally said...

Waa..baguslah Pak Man nih..tulus n telus..alhamdulillah bertambah harta ..
Amboiii..hensem A.Gagah..mesti senyum simpul si Rupawan dan Jelitawan..hehe

Mother of Two said...

hehehe.. mmg gagah..
tu utk dijual ker atau nak buat baka jer....

Zaki said...

Kaya..kaya..aku kaya, tapi ore kaya tak istihar hartanya, ahhh tak pe lah...kaya...kaya.

Anonymous said...

Syabas Inspector Shahab!..
Wah! Pak Man dah makin maju..harta bertambah..kandang mesti lagi luas supaya selesa mereka beradu...

Neeza Shahril said...

machonya A Gagah tu..
nape yek, beli kambing untuk bela murah saja harga..
tapi bila nak buat korban atau aqiqah, mahal la pulak..

HABIHA69 said...

Bertambah lah lagi ahli keluarga dengan kedatangan A.Gagah...tu jenis kachang ker aper tu Pak Man...kalau Boer telinganya panjang sikit kan..dah ada berapa ekor sekarang?...

Anonymous said...

pak man
ada ambil upah akikah ke?
macam sodap ja A.gagah nih! hehehe

pB said...

bagus sungguh lar pok mae nie

maklang said...

wah...menternak lagi...

silversarina said...

Wah, A Gagah mesti akan jadi gagah nanti :)

lina said...

Alhamdulillah, bertambah harta Pak Man. Hensem lah A Gagah tu. :D

Mohd Noh Basri, said...

salam. mulut orang tak boleh kita nak tutup. tak perlu takut kalau tak salah. just be honest n pertahankan hak harta,maruah dan darah...thats my way as Muslim :D

Tepi Sungai Batu said...

Tchersally,
Ya, mereka asyik berkejar-kejaran saja.

Shiela,
Pak Man nak buat baka saja......

Zaki,
Kalau bulu kambing tu boleh jadi duit, memang kaya.....hahahaha.

Pinat,
Pak Man bersyukur dengan apa yang ada.

Neeza,
Kalau dah cukup umur, terutama yang jantan, harganya memang lain sikit.

Ustaz Habiha,
Ini kambing kampung saja.....katjang.

Fid,
Taak...Pak Man tugaskan mereka buat kerja memotong rumput di kawasan rumah, disamping itu mereka menghasilkan baja untuk pokok-pokok.

pB,
Biasa lah oghe kampung......

Maklang,
Ya, terima kasih.

Sarina,
InsyaAllah......

Lina,
A.Gagah cakap embeeek!(tq).

Tobie,
Ya, betul!....terima kasih kerana sudi singgah.

Makcik Runner said...

lawak laa pak man...hehehe

Tepi Sungai Batu said...

KC,
Terima kasih....