Friday, February 27, 2009

Sebut biar betul.

Selalu sangat Pak Man dengar orang tersalah sebut bila bercakap pasal mata wang Malaysia. Sebagai contohnya, RM 3000.00 , cara sebutan yang diajar di sekolah ialah 'Tiga Ribu Ringgit'. Kesalahan sebutan yang Pak Man selalu dengar ialah ada orang sebut"AR EM TIGA RIBU"....... ada juga yang sebut "Ringgit Malaysia Tiga Ribu".
Pak Man tak tahu dari mana mereka belajar sebut macam tu....kerana kalau di sekolah cikgu ajar cara menyebutnya yang betul ialah "Tiga Ribu Ringgit".
Bukan setakat orang biasa saja yang tersalah sebut, tapi dua tiga hari yang lepas Pak Man menonton Buletin Utama dan seorang 'orang besar negara' menyebut"AR EM xxx JUTA". Pak Man rasa sedikit kecewa.
Kadang-kadang juruhebah radio atau pengacara TV pun ada menyebut begitu. Jadi yang mendengar nya pun ikut lah.....mereka ingat itu lah cara yang betul menyebutnya.
Sekadar mengingat kan anak-anak semua.

8 comments:

HABIHA69 said...

Salam pak Man ittew...saya pun selalu silap sebut tapi rasanya tak pernah silap tang kira mengira Ringgit yang masyuuuk dalam poket.....hi..hi..hi..berJumaat di mana minggu nih Pak Man?....

Anonymous said...

Cikgu Man,
Emm.. tak pernah terfikir pulak sebab tak pernah sebut dengan gaya
'Ar Em' tu.. biasa sebut tiga ribu ringgit je. Lagipun kita bercerita hal duit dalam Malaysia. Takkan guna ringgit negara lain pulak. Ye dak?..

lina said...

betul Pak Man. Takde pulak kita dengar orang sebut US Dollar 3 ribu tapi orang sebut 3 ribu dollar.
Cikgu saya dulu ajar masa RM masih menggunakan tanda $ sebut sebagai Ringgit. Tukar tanda aje. Matawang masih sama.

ZABS said...

Salam Cikgu,
Apabila sudah ditulis RM3,000, itulah sebab agaknya diikut menyebutnya AR REM Tiga Ribu agaknya.
Begitu juga USD3,000, akan di sebut US Dollar 3,000, tak gitu? yang mana sepatutnya 3,000 dollar Amerika.

Zaki said...

kalau kawe sebut tiga ribu riyal tu betul ke tak cikgu nya.

eiyda said...

Pak man..
eiyda rasa juruhebah atau pengacara tv sebut gitu sbb berdasarkan tulisan RM tu laa..

Neeza Shahril said...

kat sini kami selalu sebut ringgit walaupun matawangnya riyal..
tapi kalau bercakap dengan orang kelantan.. sama aje riyal ke ringgit hehehh...
dok ggitu pok mae?

Tepi Sungai Batu said...

Terima kasih semua kerana sudi baca dan tinggalkan komen.Tq.